Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog UzairOthman.com , akhirnya saya sebagai pelajar di salah satu universiti swasta tempatan telah pun menerima Baucer Buku 1 Malaysia. Penagihan oleh pihak kerajaan dalam membantu mengurangkan beban pelajar dalam masa yang sama membantu meningkatkan mutu pembelajaran. Baucer Rm 50 sebanyak 5 keping ini telah menjadikan jumlah bantuan sebanyak Rm 250 sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pelajar.
Terima kasih kepada pihak kerajaan dalam membantu pelajar dan ia amat bersesuaian dengan ideolgi kerajaan iaitu Janji Di Tepati dalam memberikan dan meningkatkan sistem pelajaran di Malaysia. Baucer ini bolehlah saya gunakan untuk membeli buku-buku engineering kerana buka tersebut agak mahal dan sangat diperlukan dalam pembelajaran saya.
Beriku adalah beberapa kedai yang menyediakan perkhidmatan baucer buku ini :-
Konsert We Love Media Hiburan Tempat : i-City Shah Alam Tarikh : 2 Mac 2013 Masa : 7.00 mlm – 11.00 mlm Masuk PERCUMA
Anda dah bersedia untuk menyaksikan konsert paling bercahaya tahun ini? Media Hiburan mempersembahkan KONSERT WE LOVE MEDIA HIBURAN @ i-City bersama artis-artis hebat tanah air seperti RAMLAH RAM, SLEEQ, ALIFF AZIZ, ADIRA, KLANGIT, AMIR JAHARI, KAKA, FORTEEN dan diacarakan oleh JIMMY SHANLEY & DINA! Datanglah beramai-ramai pada 2 Mac ini. MASUK PERCUMA!
Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.
Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.
Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.
Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.
Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia.
Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair. Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.
Bagi saya, Lawak Ke Der 2 ini menampilkan satu kelainan dan ia perkara baru di dalam industri perfileman negara. Ini dimana persembahan pentas dijadikan filem dan ia sememangnya tidak pernah lagi dibuat di Malaysia. Dengan menampilkan barisan pelawak yang terbaik, filem ini bakal memberi satu keistimewaan kepada penonton yang menyaksikan filem ini. Ini dimana anda akan sentiasa tergelak di dalam pawagam kerana hampir 99% babak pementasan ini adalah berasaskan lawak.
Jom kita lihat gambar sekitar Majlis Tayangan Media “Lawak Ke Der 2″ :-
Sewaktu di temuramah bersama media, Hans Isaac selaku pengarah Lawak ke Der 2 menyifatkan filem ini tidak mempunyai genre khas. Ini dimana ia merupakan salah satu perkara baru di dalam industri filem dimana pementasan lawak dijadikan filem. Beliau juga tidak meletakkan sasaran untuk filem ini keran ia masih lagi dalam pengujian kerana perkara ini masih baru lagi bagi peminat wayang di Malaysia. Kesemua barisan pelawak juga turut bersepakan dan mengharapkan sambutan yang baik terhadap peminat akan filem yang bakal ditayangkan pada 7 Mac 2013 nanti. Oleh itu, mari bersama-sama kita ke pawagam dan bergelak ketawa sehingga puas..
Terima kasih kepada kak ruby yang telah invite saya ke sini, dan terima kasih juga kepada Tall Order Productions kerana telah memberikan yang terbaik pada majlis tayangan media filem “Lawak Ke Der 2″ yang berlangsung di The Curve (23.2.2013) . Di majlis ini, Zizan dan Harith Iskandar tidak dapat hadir kerana diatas urusan tertentu.
JOHAN
Nabil
Hans Isaac (Pengarah)
BOBOI yang terdiri daripada harun salim bachik dan afdlin shauki
UzairOthman.com merupakan blog rasmi Uzair di mana ia mula diwujudkan pada April 2009..Blog UzairOthman.com ini merupakan tempat uzair meluahkan segala isi hati dan hobi uzair. Menyampaikan isu terkini merupakan usaha utama Blog ini bagi menyampaikan berita-berita sensasi kepada peminat hiburan di Malaysia..contact saya di
email : [email protected] ,
FB : Mohamad Uzair Othman & ,
Fan Page : Uzairothman.com
................................................................................................................
uzairothman.com is my personal blog that was designed in April 2009. Here, like the house and poured all my interest here. I will present the latest issue and will always do the best for you. I hope you enjoy the blog and always support me.
...................................................................................................................
email : [email protected]
FB : Mohamad Uzair Othman &
Fan Page : Uzairothman.com