TRIP BACKPACKER UZAIR OTHMAN KE MADRID,SPAIN

September 8, 2015 at 5:07 pm

IMG_8538

Perjalanan jelajah Europe saya diteruskan dan kali ini ke Kota Madrid di Sepanyol. selama 3 hari 2 malam saya di sini dan ini merupakan salah satu wishlist tempat lawatan saya.  Dalam lawatan saya ke Madrid ni tak perlu cop passport sebab saya sudah cop di Paris. Anda boleh travel dalam Euro iaitu lebih kurang 26 negara tanpa cop passport kecuali UK dan beberapa negara lain.

bagi yang belum baca perjalanan jelajah eropah saya terdahulu, boleh baca disini (klik dibawah)

TRIP BACKPACKER UZAIR OTHMAN KE PARIS, FRANCE

 

IMG_8386

 

Saya tiba di kota Madrid dengan menaiki pesawat EasyJet iaitu pesawat tambah murah yang terkenal di Eropah..Travel dengan flight lebih cepat berbanding train dan bas..harga nya juga tidak mahal..masa saya travel dari Paris-Madrid , kos penerbangan adalah 47 Euro.. Jika naik flight EasyJet anda akan mendarat di Terminal 1 Barajas Airport, Madrid. Pengangkutan termudah dari airport ke kota Madrid adalah dengan menaiki bas dengan kos 5 Euro. Nak naik train pun boleh juga lebih kurang 2 Euro kosnya. Oleh kerana saya menginap di area Atocha, jadi dengan menaiki bas ini lebih mudah sebab station akhir bas ini adalah di station bas Atocha.Tempoh perjalanan sekejap saja lebih kurang 30 minit.

 

IMG_8393

 

Akhirnya tiba di Station Atocha…station ini bukan hanya untuk bas tapi ada juga train antara bandar di sepanyol, train bandar madrid dan train ke bandar eropah yang lain.  Cuaca masa saya disini adalah 43 darjah celcius kerana waktu ni adalah permulaan musim panas..jadi kene banyak minum air.

 

Klik READ MORE dibawah untuk terus membaca perjalanan saya di Europe..


IMG_8417

 

Saya bersama rakan-rakan backpacker yang lain menginap disini iaitu Hostal Buelta lebih kurang 5 minit jalan kaki dari station Atocha tadi. Penginapan disini tidak terlalu mahal..lebih kurang 35 Euro semalam bagi bilik seperti gambar di bawah.tapi memang basic ada katil, kipas/AC/ tandas.

IMG_8403

 

Tak kisah lah bilik macam mana yang penting dapat tidur..hehe…waktu saya tiba disini lebih kurang pukul 4.30 petang..dan kalau summer waktu siang nya lebih panjang dari waktu malam..jadi waktu maghrib disini pun lebih kurang pukul 9.30 malam.

IMG_8424

 

Oleh kerana cuaca terlalu panas, jadi singgah dulu La sirena ..ala-ala macam 7 eleven kalau kat sini..beli berbotol-botol air untuk minum..serius cuaca terlalu panas time ni..

IMG_8426

 

Lepas badan dah oke…apa lagi..makan la…lokasi pertama untuk makan adalah di Euro Doner Istanbul…bajet tak sampai dalam 10 Euro..murah lg dari tu pun ada menu nya.

IMG_8435

 

setiap kali makan kedai disini mesti dia bagi roti atau roti nan…bedal jela..biar kenyang..

IMG_8436

Ini menu yang saya order…Daging shawarma, papatas fritas (kentang goreng)  dan nasi briyani + air coke..8 euro jeeeee….

kedai makan halal ni pun dekat je dengan penginapan saya tapi korang jangan risau..walaupun kedai ni jual arak tapi ni je option yang ada untuk korang makan…so ambil menu yang halal…kat spain ni kedai muslim memang jual arak..kalau tak memang takleh survive la perniagaan dia dan bakal di boikot oleh masyarakat setempat..jadi jangan banyak songeh..makan je apa yang halal ni..ini rezeki kita dapat..kalau tak makan berlapar la nanti..

IMG_8474

Ini yang paling dinantikan..nak melawat stadium pasukan favorite saya iaitu Real madrid…tapi pergi keessokkan hari nya..just tunjuk je  kad ni..hehe lepas makan, kami pun balik bilik dan terus tidur….maklumlah cuaca panas sangat sampai rasa pening nak pengsan pun ada..

IMG_8487

keesokkannya, bermula perjalanan kami di pagi hari..lebih kurang pukul 8 pagi kami keluar dari penginapan.. plan kami nak lawat beberapa lokasi menarik di sekitar madrid dengna menaiki Metro (train).

IMG_8488

Pakai tourist pass lebih jimat jika travel di sekitar spain..cost 8 Euro bagi day pass.

IMG_8491

lepas dapat tiket, terus naik metro…masyarakat spain ni peramah orang nya..dia akan bantu kita walaupun dia tak boleh berbahasa inggeris..dia sedaya upaya akan bantu kita…dan meraka rajin bagi ucapan “Hola!” bermaksud Hello..

Hola !! Como estas (Hello, Apa kabar)

Mubien atau Buenas (khabar baik)

saya main bantai je..asal bunyi sama..haha

IMG_8524

Lokasi pertama di hari kedua ini adalah Plaza De Cibeles …ini merupakan simbol ikon bandaraya Madrid..Disini juga merupakan tempat pesta bagi pasukan bola sepak RealMadrid jika mereka memenangi piala. ketua pasukan real madrid akan kalungkan mafla leher patung di belakang saya tu..

IMG_8546

Lokasi berikut nya adalah di Puerta Del sol ..ini adalah tempat yang sangat sibuk di waktu tengah hari kerana orang Madrid suka lepak area sini sebab ada bar dan restaurant..dia orang ni suka minum tepi jalan..restaurant akan letakkan meja di luar kedai…konon-konon nya macam nak berjemur panas…

IMG_8549

Masih di Puerta Del Sol, disini juga merupakan lokasi tumpuan pelancongan ..korang boleh pilih pelbagai pilihan agency dan disini juga ada dijual cenderahati..

IMG_8551

Oleh kerana saya ni peminat Real Madrid, jadi habis saya borong poskad pemain real..kalau beli di stadium mahal sikit..beli kat sini murah..kos lebih kurang  0.80 cent Euro

IMG_8573

sebelum ke lokasi seterusnya, amek gambar sekeping dulu sebagai kenangan di Puerta Del sol..

IMG_8591

yang di nantikan telah tiba.. HALA MADRID !!!

Stadium tour memang menjadi impian saya sejak mula-mula lagi rancang trip europe ni.

IMG_8607

sebelum ke stadium tour, sarapan pagi dulu…selfie dulu..

IMG_8614

Lokasi sarapan pagi adalah cafe bersebelahan stadium iaitu El Almacen Argentino..dia jela faham apa maksud nya..haha

IMG_8617

Cost sarapan lebih kurang 8 Euro..melayang lagi duit..hahaha

IMG_8632

kemudian baru lah kita masuk Stadium tour…Tiket tour ni adalah 19 Euro,,excited giler bila masuk stadium ni..hehe

IMG_8692

Masuk-masuk je, terus meraikkan kejayaan Cristiano Ronaldo memenangi pemain terbaik duna FIFA 2014.

IMG_8757

Dalam Museum Real Madrid saya boleh kata kan stadium tour paling moden di Europe..team EPL memang takleh lawan..kalau korang tak caye…datang sini…serius cakap ni….gambar diatas tu adalah piala kelab dunia yang Real menang di Morocco pada December 2014.

IMG_8856

Agak kegelapan sikit…tapi nampak la juga bukti dah samapai sini…hehe

IMG_9017

sebelum keluar stadium sempat borong souvenir ..huhu

IMG_9026

Lepas stadium, singgah makan tengah hari di D-K kebab…restaurant ni terletak di dalam shopping mall tingkat 1..betul-betul sebelum stadium santiago bernabeu ni.

IMG_9025

ini antara menu nya..tak leh blah siap copy KFC..hahaha..tapi bagus sebab murah…

IMG_9040

sebelum naik metro sebab nak ke lokasi sempat dulu selfie disini..entah bila la nak datang lagi…

selang 4 jam selepas saya selfie disini..sy pun bukak la instagram..jadi nampak gambar David Beckham selfie disini…

perasaan saya waktu tu..hmmmm..kalau la dia sampai waktu sama kan best..

IMG_9047

masa nak naik train, kad member saya tiba-tiba mesin takleh baca..jadi ada sorang perempuan spain ni bantu cakap dekat operator..memang baik betul,,,yela..nak cakap Spanish memang tak reti..hehe ..mesti korang tertanya-tanya apa itu No pasar…itu bermaksud dilarang masuk…pasar bermaksud masuk..

IMG_9048

inilah kad day pass for tourist tu..beli kat vender machine Metro tu je…nama kad ni dalam spanish adalah Abono Turistico 1. kad ni pun macam kat paris juga..dia ada zon-zon dia. amek zon 1 kalau dalam madrid..

IMG_9049

Metro dekat Madrid ni bagus juga..sebab dia siap tulis station mana korang patut berhenti untuk tukar train..

IMG_9075

seterus nya ke Hard Rock Cafe madrid…ikutkan juga ke tempat ni sebab kawan-kawan lain nak g..saya tak minat sangat tapi layankan juga..

IMG_9088

tu bendara spain kat belakang tu..

IMG_9096

kemudian kami bersiar-siar di Gran Via..lokasi ni pun famous juga sebab lokasi pelancong dan masyarakat spain lepak-lepak..

IMG_9101

Nak cari souvenir kat Gran Via ni pun boleh juga…ada yang murah…bagi saya, Madrid lebih selamat berbanding Paris..disini tak ada pick pocket yang melampau macam kat Paris…kira kat sini masyarakat nya jelas nampak hidup aman damai..

IMG_9127

ini pula adalah rumah masyarakat madrid ni…memang style latin kuat sikit…tak kejar sangat kemodenan dan masih kekal klasik.

IMG_9160

lepas tu saya ke Royal palace of Madrid…macam istana negara tu la…

IMG_9181

Nak masuk istana ni kene bayar 8 Euro..jadi duk luar amek gamba ajelah ye..

IMG_9206

seni bina bangunan disini memang cantik untuk ambil gambar..ia dikekalkan sejak ratusan tahun dahulu..sejak nama nya andalusia lagi.

IMG_9214

ini permandangan Royal palace of MADRID dari jauh

IMG_9238

lepas habis melawat, tiba masa untuk makan malam…malam tak bape malam la sebab baru pukul 7 petang…kan saya kata tadi..maghrib kat sini pukul 9.30 malam…jadi siang nya panjang sikit..makan malam kami di Restaurant Jalo

IMG_9245

makan nasi africa dengan salad  + daging shawarma

lepas makan,…kami pun balik ke penginapan dan berehat..

IMG_9270

keesokkan pagi nya, kami melawat Retiro park, park ni dekat je dengan penginapan kami,..jadi boleh jalan kaki saja…memang besar park ni…jadi siapkan fitness korang

IMG_9326

kalau nak picnic atau lepak-lepak memang sesuai tempat ni.

IMG_9347

lepas tu kami ke Atocha station, saja nak tengok keadaan disini…kata nya station keretapi no.2 terbaik di dunai…

memang terbaik…teratur, klasik dan selamat..

IMG_9360

ada juga kedai-kedai barangan kulit di dalam station Atocha ini..

lepas je melawat tempat ni, kami pun bertolak ke Barajas Airport bagi meneruskan perjalan ke LONDON !!!

sebelum tu lunch dulu dekat Restaurant Jalo yang berdekatan dengan penginapan kami tu..

IMG_9395

ini ahli trip kami..kami berempat…gambar ni semasa kami tiba di Barajas Airport..kami kesini menaiki bas yang saya cite mula-mula tadi..cost nya sama 5 Euro..

IMG_9382

dekat free duty shop dalam airport ni jual perfume 19.90 Euro..murah juga..sebab ada yang mahal kat Malaysia..

IMG_9383banyak juga kawan-kawan saya borong …saya tengok aje….hehe

IMG_9399

okey next city adalah LONDON !!!

dalam spanish ia disebut Londres ….

nanti saya akan sambung lagi perjalanan saya..

bagi yang nak join trip ke Euro pada tahun 2016..korang boleh join saya..

korang tak perlu pening..semua tempahan diuruskan oleh saya..saya sendiri akan guide korang.

baca Maklumat lanjut disini (PAKEJ EUROPE 2016)