TRIP BACKPACKER UZAIR OTHMAN KE PARIS, FRANCE

September 2, 2015 at 7:31 pm

2

Assalamualaikum, kali ni saya nak share pengalaman saya travel di benua eropah yang melibatkan 4 negara  iaitu UK, Perancis, Spain dan Netherlands . selama 2 minggu saya travel di benua eropah ini …waktu saya travel ini adalah permulaan musim panas di eropah..saya ni memang jenis tak suka travel pada musim sejuk sebab susah nak berjalan dan leceh…lagi pun memang dah biasa musim sejuk masa kat korea sebab tiap2 tahun ada bawa trip ke sana..

1

pendekkan cite, kita terus bermula dari charles de gaulle airport (CDG), paris…saya tiba di airport ni pada jam 7 pagi waktu paris selepas mengharungi 15 jam penerbangan yang melibatkan 1 transit di Hanoi..ini kerana saya menaiki pesawat Vietnam Airlines.  tiba di airport ni anda perlu melalui pemeriksaan imegresen dan bagi passport Malaysia..anda boleh melawat negara-negara di eropah selama 90 hari..lebih dari tu kene visa la ye..Imegresen disini taklah banyak tanya seperti di London…yang penting anda perlu membawa salinan tempahan tempat tinggal, wang secukupnya dan kalau boleh bawa sekali salinan travel insurance anda..Dari airport ke bandar Paris mengambil masa lebih kurang 40-60 minit perjalanan dengan menaiki train ..kadar bayaran adalah 10 Euro dan anda boleh berhenti di mana-mana station di zon 1 dan zon 2 Paris..korang boleh rujuk zon-zon ni di website train paris atau mana-mana map paris.

 

3

Saya memilih untuk berhenti di Station Gare Du Nord kerana disini mempunyai luggage storage..simpang beg dulu supaya senang nak travel untuk hari ini..cost luggage storage ini adalah dari 7-10 Euro mengikut saiz storage..kalau korang ramai, ambil je storage yang besar tu lagi jimat…sebelum nak simpan storage..beg korang akan di periksa dulu..ada mesin scanner..jangan bawa benda pelik2 pulak..sini ketat sikit keselamatannya…nak bayar luggage storage ni korang kene pakai siling..kat Paris jarang dia orang pakai note…lebih bagus bawa kad kredit sebab semua vender mesim terima kad kredit termasuklah nak beli apa2 tiket seperti train dan bus…Dengan menaiki metro atau train di dalam Paris ni, korang memerlukan tiket train yang mencukupi…jadi saya suggest korang ambil metro paris carnet 10 tickets  dengan cost 15 Euro (ni aku genapkan aje..harga asal 14 euro lebih..) .. 

Klik Read More untuk baca lebih lanjut..

tiket carnet ni sebutan nya adalah (CARNEY), yang boleh dibeli dikaunter tiket di station gare du nord ni..kalau nak cepat..korang pakai duit siling atau kad kredit beli di mesin je..nanti bila korang dah beli..korang akan dapat 10 keping tiket macam tiket kat atas tu…setiap tiket boleh digunakan sekali dan lepas saja pintu keluar station korang buang je tiket tu takut keliru dengan tiket yang belum guna lagi..tiket ni boleh digunakan mengikut zon yang korang beli..biasa nya dengan cost diatas, hanya boleh diguna di zon 1 dan 2. walaupun dimana-mana saja di paris korang kene berjaga-jaga dengan pick pocket atau penyeluk saku…hebat-hebat dia orang ni.

4

Lepas dah ada tiket,,,apa lagi..g jalan la….lokasi pertama adalah La Seine iaitu sungai yang berhadapan dengan Eiffel tower..kat sini boleh la korang yang bercinta tu naik cruise ..nak bergambar pun cantik..apa pun berjaga-jaga dengan pick pocket dan orang yang suka minta derma serta orang yang suruh korang sain di atas kertas..ni semua muka penipu ni..hati-hati la ye..jangan baik hati sangat disini…

5

Akhirnya sampai juga di Eiffel tower …ramai Malaysian kat sini…negro pun pandai cakap melayu …jarak dari station Tour De Eiffel lebih kurang 3 minit jalan kaki untuk ke sini…nak melawat sekitar tower ni free je..tapi kalau nak naik menara ni kene bayar ye…jadi amek gambar saja..hehe

 

6

Arc De Triomphe yang terletak di jalan Champs-Elysees merupakan lokasi kedua lawatan saya pada hari ini… monumen ni adalah binaan dari zaman Nepoleon ..kalau tak tau siapa Nepoleon..g google..dia yang serang England, Austria, Rusia, Italy dan banyak lagi..disekitar monumen ni banyak lagi tempat-tempat menarik untuk amek gambar dan banyak kawasan shopping mewah disini..macam-macam kedai ada…Chanel, Gucci, LV,dan banyak lagi..

7

I Love Paris, ..paris memang banyak perempuan cantik dan saya boleh katakan perempuan eropah paling cantik adalah dari France…England pun takleh lawan..jadi marilah cuci mata di jalan Champs-Elysees ..hehe

8Amek gambar sekeping dua dulu..huhu

9

Lokasi seterusnya adalah Grand Palais iaitu kira-kira 1.7 KM dari Arc De Triomphe …saya jalan kaki taw..jimat punya pasal..kalau korang tak larat leh naik train dan berhenti di station Champs-Elysees Clemenceau..tapi tak penat pun jalan sebab cuci mata tengok barang-barang branded…ada perfume, bag, baju macam-macam lagi..kalau datang sini bawa kene bawa banyak duit shooping..Beg LV saja dah nak dekat RM 8000…hahahaa…untung la mak datin beli..

10

Next stop adalah Place De la Concorde..ni kira macam dataran merdeka la kot..haha..ni major public square terbesar di paris (tengok google). Dekat sini banyak taman-taman untuk orang paris lepak-lepak…dalam French taman disebuk Jardin

11

Jardin Des Tuileries adalah lokasi santai di sekitar paris…layan sambil tengok burung-burung dan awek-awek paris..

12

Louvre museum merupakan lokasi penting untuk dilawati..katanya adalah lukisan Monalisa di bawah cermin pyramid tu..nak masuk kene bayar ye..jadi ambil gambar je..free..hehe

26

lepas melawat tiba masa untuk orang Malaysia ni bershopping..hehehe lokasinya adalah di Montmartre..untuk ke sini korang perlu berhenti di stataion Anvers. Disini pun kene berhati-hati dengan pickpocket.. kat sini juga ada yang peras ugut terutama negro-negro di tepi-tepi jalan.. sebab kat sini lokasi utama pelancong..bila dia orang nampak polis je terus cabut lari..tapi still selamat kalau korang jalan berkumpulan..kedai souvenir disini majoriti penjual nya muslim

25

memang murah shopping souvenir disini…ada bermacam-macam pilihan..dari keychain, Fridge magnet, tshirt dan lain-lain…

Tshirt dalam 8-10 Euro sehelai

keychain 5 Euro dapat 15..

Fridge magnet lebih kurang 2 Euro..

banyak kedai dan bermacam-macam harga..

13

Oleh kerana sudah lapar di tengah hari…makan la dulu di Nabab Kebab yang terletak 5 minit jalan kaki di station Richelieu-Drouot…makanan kat sini murah la juga…bawah 10 Euro..ada murah lagi dari tu..yang penting halal.

14

Ni je yang mampu makan…8 Euro juga kene ni..


15

Berhadapan Nabab kebab ni ada Hard Rock Cafe paris..mampu amek gambar je..tapi bagus la staff2 HRC ni…peramah dan tak sombong..dia layan semua orang sama rata..tak macam kedai-kedai barang branded tu…poyo je lebih tengok macam orang takde duit malas je layan..

16

Lepas makan, terus amek beg di Gare du Nord dan ke penginapan…saya bermalam di Hipotel Hotel iaitu hotel paling murah di Paris…43 Euro semalam termasuk city tax dan VAT tax…oleh kerana tinggal berdua..jadi cost nya bahagi la dua lebih kurang 21.5 Euro seorang..bagi orang kita yang nak ke sini boleh la booking di booking.com…tapi hotel ni saya tak recommend la kat orang kuat complain time travel..sebab memang dapat sikit macam apa yang anda bayar…

17

Ni owner hotel Mr. Mohamad seorang muslim..sangat peramah dan mesra..maklumlah sesama agama kan…dekat hotel ni wifi kene bayar 3 Euro utk 1 hari…tiada breakfast dan tiada bantal !!! bilik air pun sharing dengan orang lain ya…jimat punya pasal kan…lebih kurang macam konsep dorm backpacker tetapi lebih selesa sebab anda dapat 1 bilik private.

18

Ini apa yang ada dalam bilik..ada singki dlm bilik dan boleh lihat view luar dari tingkap..

19

Inila katil ku..tiada bantal..cuma ada selimut saja…tapi korang boleh ambil selimut winter dekat dalam almari untuk dijadikan bantal..owner ni baik disebab kan saya muslim..dia bagi saya pinjam 1 bantal..Alhamdulillah…jimat punya pasal kan.. sebenarnya saya Jetlag masa ni..jadi tidurlah awal…padahal baru pukul 4 petang di paris..waktu musim panas pukul 10 malam baru gelap…kira isyak nya dalam pukul 11 lebih macma tu..malam tak makan ya…jimat..hehe

20

 

bangun je pagi..terus breakfast sebab nak bertolak ke Madrid !!! minum coffe paris dulu sambil tengok pelayan cun..hehe..cafe ni terletak bersebelahan dengan penginapan saya.

21

orang putih ni memang suka minum kat luar kedai..macam gini la gaya nye..mabuk pun tepi jalan juga.

22

ini member saya wan sufi merupakan roomate saya semasa travel di europe..ini kami dalam train untuk ke CDG bagi kejar flight ke Madrid.

23

sebelum berangkat ke Madrid..sarapan buat kali kedua..hahaha….kali ni minum kopi dan  Chocolate Croissants..kos lebih kurang 4 Euro..tapi sedapppppp..

24

K enangan sebelum tinggalkan paris, ini dia Beg bola untuk team PARIS SAINT-GERMAIN..hehe

nanti akan bersambung lagi beberapa lokasi lawatan lain di eropah.

bagi yang nak join trip ke Euro pada tahun 2016..korang boleh join saya..

korang tak perlu pening..semua tempahan diuruskan oleh saya..saya sendiri akan guide korang.

baca Maklumat lanjut disini (PAKEJ EUROPE 2016)