MILO® Membakar Semangat Kejuaraan Atlet Malaysia ke Sukan Sea ke-27

September 12, 2013 at 8:30 am

MILO Fuel for Champions_04

Milo sebagai penaja rasmi minuman kepada atlet Malaysia yang akan berjuang di sukan SEA ke-27 Myanmar telah pun melancarkan Mil0 “Fuel for Champions”. Majlis pelancaran yang berlangsung pada 5 september 2013 lalu oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin di Bukit Jalil National Sports Complex, National Aquatic Center.YB Encik Khairy Jamaluddin, bersama Majlis Olimpik Kebangsaan bersama-sama MILO® memainkan peranan dalam membangunkan bakat sukan di Malaysia.

MILO® telah banyak memberi inpirasi dalam melahirkan ramai atlet muda Malaysia yang berbakat dari segala jenis sukan di Malaysia. MILO® telah menjadi tajaan rasmi kepada pasukan Malaysia akan akan bertanding di Sukan SEA ke-27 di Myanmar. Minuman bernutrisi MILO® telah sinonim dengan sukan di Malaysia dan penampilan kali ini

 

MILO Fuel for Champions_01

Menurut Region Head Nestle Malaysia/Singapore, Mr. Alois Hofbauer menyatakan bahawa kerjasama ini dapat memberikan semangat berjuang kepada  atlet Malaysia yang kini meningkat naik dari golongan belia mahupun kanak-kanak. MILO® dengan bangganya telah menjadi minuman rasmi sejak tahun 1959 iaitu ketika di Sukan SEA.  Ia satu penghargaan buat Nestle dan MILO® dimana mereka dapat memberi peluang bersama Kementerian Belia dan Sukan dalam menyokong bakat-bakat muda sukan tanah air.

Beliau juga turut menerangkan bahawa  kempen “MILO® FUEL FOR CHAMPIONS”  ini lebih dari sebagai tajaan kerana tujuannya adalah untuk memperkasakan dan memberikan tenaga kepada bakat muda tanah air untuk berjaya. Kejayaan seseorang atlet itu bermula daripada dorongan keluarga dan perlu dididik sejak kecil lagi. Hasil terlibat di dalam bidang sukan ini dapat memberikan kenak-kanak menjelajah kekuatan dan fizikal diri serta menguatkan mental. Di masa akan datang MILO® akan lebih banyak menyediakan aktiviti kepada rakyat Malaysia dan mendekatkan diri dengan sukan.

 

MILO Fuel for Champions_02

Majlis ini akhirnya di rasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin iaitu sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau amat bersetuju dengan tajaan MILO® ini dalam pembangunan sukan di Malaysia serta menjadi minuman rasmi atlet Malaysia ke Sukan SEA nanti. Beliau juga menyokong usaha MILO® dalam mengadakan beberapa aktiviti berguna kepada pelajar sekolah seperti menyediakan truck MILO ketika majlis sukan sekolah ataupun sukan di setiap peringkat. Ia telah menjadi satu perkara wajib di sekolah dan ia amat membantu pelajar sekolah dalam aktiviti di luar waktu pembelajaran.

Beliau juga mensasarkan Malaysia bakal ada beberapa nama besar di sukan dalam dan luar negara. Oleh itu, pelbagai usaha keras telah dilakukan seperti pencarian penganti Lee Chong Wei ataupun Nicol Ann David. Dengan tajaan ini beliau berharap kontijen Malaysia dapat meraih banyak pingat emas di sukan SEA Myamar yang bakal berlangsung bulan December tahun ini.

 

MILO Fuel for Champions_03

Majlis diteruskan dengan persembahan memukau dari pasukan Renang Berirama Malaysia yang telah berjaya menarik minat ramai orang untuk menyaksikannya. Ini juga merupakan hasil usaha bersama MILO® dalam menghasilkan bakat-bakat muda dalam pelbagai jenis sukan di Malaysia.

 

MILO Fuel for Champions_04

 

Majlis akhirnya di rasmikan oleh YB Khairy dan ini merupakan salah satu langkah memajukan sukan di Malaysia di mana kita dapat memiliki ahli sukan yang sihat malah dapat membantu untuk menjadi seorang pemenang di mana-mana sukan.

‘This Sponsored Post is by Nestle’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...