Buffet Ramadhan Berbuka Puasa Di Impiana Hotel KLCC

June 16, 2013 at 11:50 am

20130613_194312

 

Hanya beberapa hari saja lagi bulan ramadhan akan tiba, sudah pasti kita tidak sabar untuk melalui ibadah tersebut. Bagi yang mengemarkan menu juadah berbuka puasa menarik, pasti sudah mula tercari-cari tempat makan yang terbaik dan sedap ketika bulan ramadhan nanti. Salah satu tempat yang akan saya sarankan untuk anda pergi adalah Tonka Bean Cafe di Impiana KLCC Hotel.

 

20130613_193921

 

Disini anda akan disajikan juadah berbuka puasa dari masakan melayu sehinggalah korea dan jepun. Tema buffet disini adalah ” SANTAPAN RAMADAN”  dan kali ini Impiana Hotel telah menambah beberapa menu baru. Kadar harga Buffet  buka puasa disini adalah RM 108 ++ per person, kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berumur 55 tahun keatas dengan kadar harga RM 54 ++. Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun akan mendapat juadah berbuka puasa secara percuma. Harga tersebut akan bermula pada 10 julai sehingga 11 ogos.

 

20130613_201244

 

Pada Hari ramadhan pertama dan 3 hari ramadhan terakhir anda akan menikmati juadah buffet dengan kadar RM 98 ++.  Waktu buffet ini bermula adalah dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam. Pelbagai jenis makanan anda boleh dapati disini seperti salmon gravalax, oyster, prawns coleslaw raisin, garden green salad bowl, chili crab, kerabu mangga dan sotong, indonesia pecal with peanut sauce, spring roll, bbq lamb with nasi Beriyani, acar timun, papadom and mint-tomato yogurt, chicken shawarma, pita bread, tahini sauce, tomato-onion salad, lemon jantung pisang rebus, petai, buah kerdas, timun, terung bakar, ulam raja, snow fish, pari, cencaru sumbat, jelawat, squid, keli, and crab, seafood parcel, murtabak with pickled chili, chicken curry, chicken rice, steamed dan roasted with condiments dan banyak lagi..

 

20130613_194247

 

Paling menarik adalah terdapat 18 flavors airkirm Baskin Robbins yang disediakan selain agar-agar, pudding jagung, malay pudding, jelly, buah pala, gula sago melaka, indonesia layer cake, buah kurma, cream caramel, banana cake, pandan cream cake, chocolate fountain with condiments, bubur kacang hijau, pengat pisang and bread & butter pudding.

 

20130613_194255

Pemilihan Tonka Bean Cafe adalah satu pilihan tepat ketika bulan Ramadhan nanti dimana anda boleh menikmati makanan tradisional Melayu dan pelbagai lagi jenis masakan. Disini anda akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal yang dialunkan dengan Gendang dan Gambus ketika anda berbuka puasa nanti. Anda juga akan dihidangkan dengan buah-buahan seperti  durian, manggis, rambutan, pisang emas, langsat, nangka dan  cempedak iaitu hanya di Impianan KLCC Hotel.

 

20130613_193936

Tambahan, anda akan menerima baucer RM 5 diskaun untuk tiket Aquaria KLCC sebagai promosi jika anda berbuka di Tonka Bean Cafe. Pihak hotel juga turut tawarkan juadah untuk bersahur. Dengan kadar RM 33 ++ seorang, anda akan menikmati mutton curry, ayam goreng berempah, dan beberapa pilihan sayur-sayuran serta buah-buahan. Selain itu anda akan dihidangkan kurma sebagai dessert. Ia beroperasi dari jam 3 pagi sehingga 5.30 pagi. Di hotel ini juga disediakan surau ( level1 ) untuk anda menunaikan ibadah solat.

 

20130613_194104

Untuk tempahan, boleh terus hubungi 03-21471111, extension 3034 or 3035. Lokasi hotel ini terletak di bersebelahan PETRONAS Twin Towers dan  ultra-modern Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk maklumat lanjut boleh lawati  www.impiana.com.

Dan berikut adalah beberapa menu yang disajikan ketikan bulan ramadhan nanti :-

20130613_194237

20130613_201252

20130613_194227

20130613_194202

20130613_194213

Pelbagai jenis kek

20130613_194300

 

Air kelapa

20130613_202229

 

17 perisa aiskrim Baskin Robbins ketika bulan puasa nanti

20130613_201556

 

Ruang solat di tingkat satu, sebaris dengan kaunter pertanyaan.