Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 5

April 17, 2013 at 6:54 pm

DSC_0008

Hari ke-5 merupakan hari terakhir percutian saya di korea. Percutian yang singkat ini amat menarik dimana banyak tempat telah saya lawati. Selain itu, banyak perkara baru dan pengalaman hidup yang menarik dapat dilalui disini. Di hari terakhir ini, cuaca di Seoul sudah mula panas dan suhu sudah meningkat sehingga 10 darjah celcius. Jadi pada hari seperti ini saya tidak perlu lagi memakai sweater yang tebal.

Bagi yang tak baca lagi perjalanan di hari yang sebelumnya, anda boleh baca di link ini :-

 

 

DSC_0007

Di awal pagi, saya melalui kesesakan jalanraya di bandaraya Seoul dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu pelancong. Tempat yang kami lawati pagi ini adalah di Insa-Dong iaitu sebuah jalan raya yang menjual pelbagai jenis cenderamata dan bermacam-macam lagi barangan menarik disini termasuk makanan. Insa-Dong ini terletak berhampiran dengan Blue House iaitu rumah presiden korea selatan dan juga berhampiran dengan gyeongbokgung palace.

 

DSC_0028

Kalau anda datang ke sini, anda tidak perlu risau kerana rata-rata kedai yang menjual cenderamata dapat dibeli dengan harga yang murah berbanding daripada Namdeamun Market. Disini juga boleh lagi untuk tawar-menawar jika anda beli banyak. Peniaga disini juga boleh berbahasa inggeris dan tidak masalah untuk anda tawar-menawar harga.

 

DSC_0016

Ini merupakan salah satu kedai cenderamata yang ada di Insa-Don ini. kalau ke sini, anda perlu pergi ke setiap kedai sebelum membuat pilihan untuk membeli barang kerana ada kedai yang jual mahal dan ada kedai yang jual murah. Kalau boleh berbahasa korea itu lebih bagus untuk anda cuba tawar harga.

 

DSC_0036

Waktu saya pergi ini adalah jam 10 pagi dan orang masih tak ramai lagi tapi kedai-kedai sudah mula dibuka seawal jam 10 pagi. Elok pergi awal sebab apabila waktu tengah hari orang ramai akan memenuhi setiap ruang disini. tak ubah tempat ini seperti petaling street di Malaysia atau pun Bugis Street di Singapore.

 

DSC_0071

Sempat la juga saya tengok-tengok barang apa yang nak dibeli. ada juga barang saya beli kat sini sebab harganya murah berbanding dari tempat yang lain. Yang paling penting jika ke korea, pastikan anda bawa duit lebih kerana barang kat sini 3 kali lagi mahal dari Malaysia.

 

DSC_0185

Lepas penat berjalan selama 2 jam, singgah pula di 7 – Eleven dan membeli minuman panas. walaupun cuaca sudah mula panas, tapi suhunya tetap lagi sejuk berbanding Genting Highland. Harga minuman ini bagi secawan adalah 2000 won atau Rm 6 di Malaysia.

 

DSC_0163

Bila tiba tengah hari, tiba lah masa untuk makan tengah hari terakhir di Bandar Seoul. saya pun tak tau apa nama restaurant ini kerana tulisan korea ini memang saya tak faham..hehehe

 

DSC_0208

Menu pertama adalah Seafood Omelet. Ini jela yang boleh di makan kat restaurant ni. yang lain saya pun tak pasti la boleh makan atau tak. Nak cari restaurant halal di korea ini memang mahal. kos makan tengah hari ini saja sudah mencapai 30000 won. Jadi kira la sendiri berapa duit Malaysia ye..hehe…memang mahal..

 

DSC_0212

Mana-mana pun pergi mesti jumpa Kimchi..kalau anda cakap kimchi adalah makanan yang sedap makan pelik la anda..hahaa…Kimchi kat korea ni totally out. memang tak sedap dan terpaksa makan sebab ini saja boleh di makan. lauk-pauk yang lain pun memang tak kene dengan selera Malaysia. kalau anda suka makan makanan korea pun bagi saya itu semuanya sebab anda minat kpop..hahaa

 

DSC_0153

Sebelum ke Airport,  saya sempat meluangkan masa di persekitaran kawasan ini dan melihat ramai pelancong dari dalam dan luar negara singgah makan disini. setelah 10 minit disini, saya pun berangkat ke Incheon Airport untuk pulang ke tanah air.

 

DSC_0262

 

Tiba di Incheon Airport sekitar jam 3 petang dan penerbangan saya pada jam 5.30 petang. selama 6 jam 30 minit perjalanan di atas kapal terbang sebelum saya tiba di LCCT pada jam 11 malam. begitulah perjalanan 5 hari 4 malam saya di seoul korea. InysaAllah saya akan bercerita lagi mengenai korea di entry yang akan datang. terima kasih kerana sudi membaca :)

 

Kalau korang berminat sangat nak pergi korea…disini saya ada pakej termurah untuk anda..cuba lihat disini :-

 

Pakej Percutian Murah Ke Korea Selatan (Winter 6D4N)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...