Percutian : Apa Yang Menarik Di Johor Bharu ?

January 28, 2013 at 10:20 pm

 

Puchong-20130126-02488

Cuti semester kali ini tidak saya persiakan dengan membuat kerja yang pelik-pelik. Kali ini saya membuat keputusan untuk pergi makan angin bersama rakan saya di Johor Bharu dan Singapore. Percutian ini saya pergi selama 3 hari 2 malam yang melibatkan 2 tempat utama iaitu Johor Bharu dan Singapore. Saya memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di bandar Tasik Selatan. Saya telah menempah tiket online dan menaiki bas Mara Liner yang berharga Rm 63 ++ iaitu tiket pergi dan balik dari TBS ke Larkin Central.

IMG-20130126-02486

Ramai yang beratur panjang ketika saya ingin redeem tiket saya. Perjalanan saya yang bermula pada jam 10.30 pagi (26/1/2013) mengambil masa 4 jam 30 minit dengan menaiki bas ke Johor Bharu. Perjalanan yang jauh dan memenatkan tidak mematahkan semangat percutian saya. Mungkin ramai orang tertanya-tanya dan ada juga yang sudah tau apa yang menarik di Johor Bharu ini. Nanti saya akan tunjukkan kepada anda tempat-tempat yang saya pergi.

 

Plentong-20130126-02492

 

Setibanya saya di Larkin Central, saya sempat meninjau lokasi stesen bas ini dimana terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis barangan  seperti pakaian, aksesori dan bermacam lagi. Tidak dilupakan juga terdapat pelbagai makanan yang sedap-sedap disini seperti kuih muih, murtabak  dan otak-otak.

 

 

DSC_0020

 

Setelah tiba disana, saya meneruskan perjalanan bersama rakan saya ke Restoran Keluargaku Sayang. Dengan menaiki kereta rakan saya, kami tiba di sebuah restoran yang terkenal dengan Mi Bandung. Lokasi yang terletak di Tanjung Langsat ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada masakan melayu, makanan laut dan pelbagai lagi. Mi Bandung disini sangat sedap kerana ia terdapat pelbagai rencah dan saya amat menyukai rencah Udang. Kuah yang pekat serta menarik, membuatkan licin habis saya makan.

DSC_0011

 

Lokasi restoran yang terletak bersebelahan dengan Selat Tebrau ini memberikan permandangan yang menarik serta angin laut yang menuip membuatkan saya berasa tenang disini. Suasana kampung dan kehidupan nelayan disini membuatkan saya teruja dan gembira kerana dapat berehat setelah penat menaiki bas.

DSC_0004

Gambar diatas inilah Mi Bandung yang saya maksudkan. Menarik bukan? kemain besar lagi udang yang dijadikan rencah ini. Harga Mi Bandung ini dianggarkan berharga Rm 6.

 

IMG-20130127-02506

Seterusnya saya singgah ke The Zone iaitu lokasi Bebas cukai yang menjual pelbagai jenis barangan import dengan kadar harga yang murah disebabkan pengelakkan cukai. Lokasi The zone ini terletak beberapa kilometer dari Pintu masuk utama Malaysia-Singapore dan anda pastikan akan nampak signboard the zone disekitar jalan menuju ke Singapore.

Plentong-20130127-02507

 

Disini saya sempat membeli beberapa buah tangan untuk keluarga. Saya membeli coklat dengan kadar harga yang murah dan ternyata ia lebih murah dari Langkawi kerana barangan import akan datang ke Singapore dahulu dan barulah ke Pelabuhan Klang dan Penang.

 

Plentong-20130127-02508

selepas beli coklat dekat The Zone, saya sempat meluangkan masa untuk berada di persisiran Teluk Danga. Dari situ juga saya dapat melihat pintu masuk Malaysia-Singapura iaitu C.I.Q dan Woodlands.  Hampir 30 minit di sana, saya meneruskan perjalanan ke Gerai Makanan Kacang Pool Haji.

Plentong-20130127-02501

 

Di gerai ini, saya diperkenalkan oleh rakan saya dengan makanan terkenal disini iaitu Kacang Pool. Saya juga dimaklumkan gerai ini hanya satu-satunya gerai yang menjual Kacang Pool. Ia terletak di bersebelahan Balai Bomba Larkin iaitu terdapat sebuah food court. Begitu ramai orang datang makan disini dan bersyukur kami jumpa kedai ini dan merasa juga saya nak makan.

 

Plentong-20130127-02504

 

Kacang Pool terdiri daripada roti, telur dan sambal ayam yang dimasak dengan kacang. Harga bagi satu set Kacang Pool ini adalah Rm 4.

Plentong-20130127-02505

 

Gambar diatas inilah sambal yang anda akan cicah dengan roti.

Plentong-20130127-02502

 minuman yang saya pilih adalah Sirap Bandung Ais yang berharga Rm 2.

2013-01-26 21.22.05

 

setelah kenyang makan, tiba masa untuk berjalan lagi, kali ini saya ke Kulai kerana nak window shopping di Johor Premium Outlets (JPO) . Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari JB yang melalui lebuhraya Kulai-desaru ini.

 

 

DSC_0030

 

JPO merupakan tempat menjual barangan berjenama yang popular dan ia dijual dengan kadar yang murah berbanding di kedai biasa. Ramai pelancong dan rakyat Malaysia datang kesini untuk membeli belah. Ia dibuka dari jam 10 sehingga 10 malam dan lokasi yang agak jauh dari JB ini adalah sesuai pergi di waktu petang.

DSC_0032

 

Setelah penat berjalan di bandaraya Johor Bharu selama seharian, tiba masa untuk tidur dan merehatkan diri kerana keesokan paginya saya akan bertolak ke Singapura. Saya telah menempah sebuah bilik single Bed yang berharga Rm 50 semalam. Boleh dikatakan murah juga la berbading dengan hotel-hotel yang lain. Saya bermalam di Okid Hotel , Taman Johor Jaya, JB. Lokasi kira-kira 10 minit daripda pintu masuk singapura ini adalah sesuai untuk saya kerana ia akan menjimatkan masa untuk kesana.

DSC_0038

Bilik saya ini terdapat Aircond, TV , meja solek dan bilik air. Walaupun kecil tapi puas hati juga kerana semuanya cukup untuk saya. Ditambah pula dengan katil yang besar, ia cukup selesa  . Malam – malam tengok cite indonesia dan best juga cerita dia orang ni..apa-ap pun good night la ye..hehe..

 

* Saya akan sambung perjalanan percutian saya ke Singapura pada post akan datang .