Apakah Tarikan Permainan Dan Kemudahan Di Legoland, Johor ?

September 3, 2012 at 1:36 am

Pelbagai tarikan menarik dapat saya kongsikan kepada anda di Legoland, Johor ini. Ini merupakan salah satu tarikan pelancongan terbaru di Malaysia dan anda semestinya kene pergi untuk merasai keseronokan itu bersama keluarga anda. Sebelum pada ini saya ada post mengenai pengalaman dan tarikan Miniland serta harga barangan di Legoland. Kini saya ingin berkongsi pula apakah yang ada di taman tema, panggung wayang, Istana dan lokasi taman permainan kanak-kanak di Legoland ini.

Bagi yang tak baca lagi, anda boleh rujuk link di bawah untuk mengetahui cara-cara mudah untuk bercuti di Legoland dan beberapa perkara penting untuk ke Legoland.

Pengalaman & Percutian Menarik Legoland Malaysia @ Kota Inskandar, Johor.

Legoland Malaysia : Tarikan Miniland Dan Harga Barangan Melampau?

Mungkin sebelum itu, anda perlu ikuti beberapa nasihat dari saya jika anda ke sini, pertama anda dinasihatkan untuk memakai topi ataupun membawa payung kerana cuaca disini terlalu panas dan sangat bahang. Kawasan terbuka yang tidak berbumbung terlalu banyak di Legoland ini dan ini tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu, anda dinasihatkan mengambil pakej sekali dengan penginapan kerana itu lebih jimat berbanding anda hanya membeli tiket masuk. Jika anda membli tiket tahunan, itu adalah lebih sesuai untuk warga johor dan singapore kerana mereka dekat untuk ke sana.

 

selain dariapda Miniland ataupun taman lego, Legoland juga mempunyai taman tema tersendiri. Legoland mempunyai 3 buah Roller Coaster dan kesemuanya disediakan dalam keadaan yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Gambar diatas adalah permainan Project X yang saya main. Ianya membuatkan saya teruja ketika menaiki Lorry Coaster ini.

Selain itu, saya juga sempat menaiki Lorry Coaster The Dragon iaitu berada di sekitar kawasan istana di dalam Legoland ini. Dengan ketinggian setinggi 50 meter pastinya ia memberikan perasaan takut kepada anda dan saya juga berasa gemuruh ketika menaiki The Dragon ini.

Terdapat lebih 40 buah permainan taman tema untuk anda cuba dan di antaranya adalah seperti Wave Racers dan water splash. Anda juga dinasihatkan untuk membawa pakaian lebih kerana anda pasti basah kuyup ketika bermain permainan ini.

Bagi wayang 4D pula, antara cerita yang bakal ditayangkan disini adalah seperti “SpellBreaker” , “Clutch Powers” & “Lego Racers”. Tayangan selama 30 minit sekali itu mampu memuatkan pawagam tersebut sehingga 500 orang di dalam satu masa.

Jika anda risau mengenai makanan di LEGOLAND ini, pastinya ia tidak bagi anda ! kerana Legoland menyediakan pelbagai gerai makanan yang halal dan mengikut selera anda. Namun, kebanyakan makanan lebih antarabangsa dan harganya juga agak sedikit mahal. Terdapat 7 buah kedai makanan disini yang terdiri daripada Cafe, Robot Kitchen, Knights Feast, Pizza Mania, Jungle Cafe, Snack Bar dan Market Restaurant.

Bagi yang mengemarkan shopping pula, anda boleh membeli cenderamata Legoland di The BIG shop, Mini Market, The Brick Shop, Kings Market, dan Adeventurers Depot. Selain daripada Cenderamata, anda juga boleh membeli lego dan permainan yang lain untuk anak-anak anda. Selain daripada itu, terdapat kemudahan awam seperti tandas,ruangan merokok,dua buah surau,ruang menukar lampin bayi, dan pelbagai lagi. Anda juga akan dimaklumkan secara terus jika berlakunya kecemasan ataupun hujan turun di dalam Legoland.

Anda juga berpeluang untuk mengambil banyak gambar disini. Jika anda tiada kamera ataupun rakan untuk mengambil gambar, anda boleh menyuruh staff Legoland sendiri untuk mengambil gambar anda dan mereka juga menyediakan perkhidmatan photographer. Pastinya anda tahu bahawa Legoland Malaysia ini merupakan legoland pertama di Asia.

Aktiviti keluarga dan kanak-kanak juga diutamakan disini dan keretapi diatas ini akan membawa anda pusing-pusing disekitar Legoland ini. Dengan mengambil masa 10 minit, anda dapat melihat permandangan Miniland dan permandangan cantik yang lain. Selain itu, terdapat taman tema air untuk anda bawa keluarga anda mandi disana. Namun taman tema air itu hanya akan dibuka pada awal 2013 nanti.

Perkongsian pengalaman saya disini anda boleh lihat di blog post yang saya berikan di link diatas. Terima kasih kepada Legoland kerana sudi membawa saya dan keluarga saya ke sana. Sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...