Pengalaman & Percutian Menarik Legoland Malaysia @ Kota Inskandar, Johor
Bagaimana Cara Hendak Pergi ke Legoland Malaysia ?
Legoland Malaysia yang terletak di selatan tanah air ini bakal dibuka secara umum pada 15 September 2012 ini. Lokasinya yang terletak di NusaJaya, Johor adalah sangat strategik dimana pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia dapat datang ke sini disamping pelancong dari luar asia tenggara juga dapat merasai salah satu tarikan pelancongan terbaru di Malaysia.
Harga tiket di Legoland ini adalah Rm 140 kepada individu berumur 12 tahun sehingga 59 tahun dan Rm 110 untuk 3 hingga 11 serta warga emas yang melebihi umur 60 tahun. Bagi warga kuala lumpur dan lembah kelang, anda boleh mendapatkan tiket legoland ini iaitu di Matta Fair KL yang bakal berlangsung pada 7 – 9 September 2012 di PWTC dan bagi warga johor anda boleh mendapatkan tiket di Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) pada setiap hari ahad dan sabtu disana.
Bagi yang mengemarkan tiket Annual Pass, Legoland kini telah memberikan tawaran istimewa iaitu penjimatan sehingga Rm 30/ SGD 13. Tiket tahunan ini boleh digunakan pada pada setiap hari dan tempoh satu tahun termasuk cuti sekolah. Tiket tahunan ini berharga RM245.00 / SGD102.00 bagi dewasa, bagi berumur 3 hingga 11 tahun ialah RM180.00 / SGD75.00 dan warga emas berumur 60 tahun keatas iaitu RM 180.00 / SGD 75.00. klik sini untuk booking online.
Legoland ini dibuka pada setiap hari dan tempohnya adalah dari jam 10 pagi sehingga 6 petang, namun ada beberapa hari legoland akan dibuka sehingga jam 8 malam. Rujuk jadual di laman web legoland untuk melihat jadual pada tahun 2012.
Peta dan Kemudahan awam
Untuk Legoland, pelbagai arah boleh digunakan. Jika anda dari lebuh raya utara selatan, anda perlu mengambil exit Tuas,Nusajaya, Pontian, Tg.Pelepas iaitu Exit 253. kemudian anda terus ke Exit 312 iaitu Legoland. Jika anda dari Singapore anda boleh mengunakan Tuas 2nd link highway dan jika dari johor bahru anda perlu mengunakan Coastal Highway.
Kedudukan GPS anda ialah : - 1º 26’ 14″ N 103º 37’ 2″ E
Perkhidmatan bas juga turut disediakan oleh Legoland dimana bas dari Johor Bahru, JPO dan juga dari KL serta singapore. Jadual bas dan harga bas bolehlah anda merujuk (disini) dan (Disini). Ruang luas di legoland ini juga mampu menampung ribuan pelancong yang hadir dan anda tidak perlu risau akan kesesakan jalanraya.
Pengalaman Saya di Legoland Malaysia
Semalam, 1 september 2012 iaitu dimana tarikh saya mengikuti percutian ke Legoland Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Legoland Malaysia kerana menaja tiket saya dan keluarga saya. Saya pergi ke Legoland bersama abang iaitu Mohdzaid.com ,mak iaitu ZaraAluwi.com ,kakak dan anak buah saya. Bertolak ke Nusajaya dengan menaiki bas di Pudu Raya seawal jam 7 pagi. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam itu telah membuatkan saya tiba di Legoland sekitar jam 12 tengah hari.
Setibanya saya di sana, kami pun terus diberikan tiket oleh pengajur event ini. Saya menyertai event bercuti di Legoland bersama Media ini atas jemputan pihak Legoland sendiri dan saya sangat berterima kasih kepada legoland Malaysia. Ramai wartawan tempatan dan luar negara seperti Singapura dan eropah turut hadir disini disamping pekerja dari pihak penaja yang lain yang turut membawa keluarga ke sini.
Gambar diatas ini ketika saya sedang ingin memulakan pengembaraan saya di Legoland ini. saya sempat bergambar dengan pakcik yang sedang tidur. Pastinya anda teruja dengan rekaan Lego menarik ini. Kesemua patung disini dihasilkan daripada Lego dan pelbagai rekaan menarik dapat anda saksikan disini.
Di belakang saya ini adalah Masjid Putrajaya iaitu di bahagian Mini Land di Legoland Malaysia. Lokasi Mini Land ini dibuat oleh pereka dari Malaysia dan ia mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan hasil rekaan daripada lego ini. Menarik Bukan? Kecantikan dan keaslian reka bentuk telah menambahkan lagi minat saya terhadap lego ini. Hasil yang kreatif dan pastinya sukar untuk dibuat bakal memberikan permandangan menarik disini.
Pelik bukan tiba-tiba saya berada di KLCC? hehe ..sebenarnya ianya adalah Rekaan betuk KLCC yang diperbuat dari lego. Bentuk yang hampir serupa dan keaslian rekaan telah menjadikan Mini Land ini sebagai tempat tumpuan pengunjung di Legoland ini.
Selain daripada Mini Land, terdapat pelbagai lagi tempat menarik untuk dilawati di Legoland Malaysia ini. Diantaranya ialah Theme Park, Permainan Air, Movie 4D, dan lokasi menarik untuk mengambil gambar kenangan. Hampir 40 permainan yang boleh anda bermain disini dan pastinya akan meninggalkan satu kenangan abadi di dalam hidup anda. Sambungan entry ini anda boleh lihat di sini
Koleksi Gambar saya di Legoland Malaysia – www.uzairothman.com
























pergh! sempoi.. jeles2…
fazrol recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
hehee..nanti pergi la bro..bawa anak2 sume
macam best..teringin nak pergi, tapi kena tunggu baby besar ckit..kalau tak rugi bayar mahal..hehehe
hafiz recently posted..I Art You Malaysia
beli biskut je..kan free utk tiket kanak2..hehe
wah, dapat pegi semalam. best2
kartikel.com recently posted..Makna Disebalik Warna Bunga Ros – Daku Amat Menyintai Mu
memang best ..hee
Yoooooooooooooo… jeles nyer dia dah dapat pergi!
Merryn recently posted..Precious Moments with Trudy & Teddy
heheee…next u pula…
congratz u ye cuz jadi featured blogger nuffnang…
ya Allah!!! jelesnya.. dah la mahal tiketnya.. bilalah dpt pegi..huaaaaaaaaaaaaaa
kumpul la duit..nanti leh nya pergi