Promotion : Beli Tiket Wayang “Expandables 2″ Percuma Americano Coffee
Filem Expandables 2 yang baru ditayangkan hari ini menjadi sebuah filem tumpuan orang ramai di hari raya ini. Namun ada satu perkara menarik yang anda perlu tahu dimana anda boleh tebus tiket anda dan mendapat 1 Regular Americano Coffee dari Chilla Cup. Cara menebusnya sangat mudah dan caranya adalah seperti berikut :-
1. Beli 2 (Dua) tiket wayang filem Expandables 2 di GSC terpilih iaitu GSC MidValley, GSC Summit USJ, dan GSC IOI Mall.
2. Anda hanya perlu menunjukkan tiket yang dibeli di Chilla Cup yang mempunyai beberapa cawangan yang terletak di Solaris Mont Kiara, Subang Avenue, Setiawalk Puchong dan The Mines.
3. Tarikh mula promosi ini adalah pada 16 ogos hingga 16 september 2012.
Chilla Cup mula dibuka pada awal Januari 2011 dimana ia dibuka di Solaris Mont Kiara. Kini Chilla Cup telah menambah beberapa cawangan baru seperti di Subang Avenue, Setiawalk Puchong dan The Mines. Chilla Cup juga pernah dicalonkan di “Time Out Food Award 2011″ untuk top 5 “Best Places for coffee” dan Chilla Cup juga pernah disiarkan di program 8TV iaitu dalam rancangan “HO Chiak”
April 2012 yang lalu, Chilla Cup telah mengubah imej untuk setiap cawangannya dan kini dalam menuju untuk menjadi peneraju dalam Malaysian Cafe Chain yang turut menawarkan khidmat layanan pelanggan kelas antarabangsa serta kualiti makanan yang terbaik.




