Laut Camargue, France Bertukar Menjadi Merah ?

August 16, 2012 at 8:06 pm

16 Ogos 2012, Di selatan France terletaknya sebuah pantai  bernama Camargue yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan disini. Ini dimana pantai yang kebiasaannya berwarna biru telah bertukar warna kepada merah. Ini disebabkan ketumpatan air yang dipenuhi oleh sejenis garam (Red Salt). Ia merupakan salah satu fenomena menarik berlaku disini apabila laut yang dipenuhi garam ini dilihat telah mengubahkan warna air dari biru kepada merah.

Kadar garam yang tinggi di laut ini telah membuatkan seorang jurugambar dari Moscow, Russia iaitu Sam Dobson telah mengambil gambar laut ini. Beliau yang ketika itu sedang memandu keretanya di tepian laut tersebut sangat tertarik dengan permandangan menarik di selatan perancis itu.

Garam bersama kristal semulajadi itu dilihat jelas dari tepi pantai dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kejadian aneh tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...