Iftar Bersama Norish Karman & Peminat

August 12, 2012 at 5:23 am

11.8.2012 – Bertempat di House Restaurant E@Curve berlangsung sesi berbuka puasa Norish Karman bersama peminat dimana majlis yang begitu santai ditambah dengan persembahan nyanyian beliau sendiri.  Norish Karman atau dikenali sebagai NK baru sahaja kita lihat lakonan beliau di Segmen Cerekarama TV3 yang berjudul “Begitulah Sayang” dan “Maharku Untukmu” yang baru ditanyangkan beberapa minggu yang lalu.

NK yang telah beralih dari bidang lakonan kepada nyanyian telah pun melancarkan album berjudul “Terus Melangkah” beberapa bulan yang lalu. Beliau yang kini dihimpit dengan beberapa isu panas dengan tenang sahaja menghadapi segala cabaran dan rintangan dunia hiburan ini. Ketika saya menemui beliau di Majlis Berbuka puasa bersama NK, beliau begitu tenang dan ramah melayan setiap peminat yang hadir. Beliau juga sempat menyediakan Rendang Ayam yang dimasaknya sendiri untuk diberikan kepada peminat  sebagai tanda penghargaan beliau kepada peminatnya.

Norish Karman berhari raya bersama keluarga

Menjelang Aidilftiri yang bakal tiba tidak lama lagi, NK masih sibuk dengan sesi pengambaran di Kota Bharu untuk cerekarama TV3 yang bakal ditayangkan tidak lama.  lagi. Beliau juga kini bergiat aktif di dalam bidang motivasi dimana beliau juga memberikan ceremah motivasi dan nasihat di beberapa Universiti di Ibukota. Beliau juga kini terlibat di dalam beberapa buah drama seperti “Kerana Seruling Cintamu” dan “Julia” yang bakal ditayangkan selepas aidilfitri nanti.

Walaupun masih baru di dalam bidang nyanyian, beliau tetap bersemangat untuk berjuang di dalam bidang ini. NK juga berterima kasih kepada penyokongnya yang masih berada di belakangnya disamping beliau berhasrat untuk bertemu dengan semua peminatnya jika diberi kesempatan. NK juga menyatakan hasrat akan membuat roadtour dimana akan melawat rakan peminat yang berada di seluruh Malaysia, Singapura dan  Brunei.

Norish Karman bergambar bersama peminat

Persiapan Hari raya NK pada tahun ini adalah sangat sederhana dan tidak terlalu banyak beli barangan baru dan beliau menegaskan bahawa hari raya ini adalah diberi keutamaan kepada keluarga dan anak-anak. Norish juga ketika ditemu bual menyatakan lagunya mula dikenali kerana banyak stesen radio memutarkan lagu beliau dan hal itu telah membantu karier nyanyian beliau. Norish menyertai bidang nyanyian ini tidaklah mengharapkan pengiktirafan malah hanya menganggap nyanyian itu adalah sebagai cinta pertamanya.

Ketika ditanya mengenai gossip panasnya di yang mula tersebar di laman hiburan terkenal, NK menyatakan langsung tidak tertekan dengan segala tomahan dan kata-kata orang malah dengan tenang meneruskan kerjayanya. Beliau juga tidak berasa takut akan segala tuduhan terhadap dirinya malah beliau lebih senang untuk anggap segala ujian itu adalah satu rezeki baginya dimana secara tidak langsung nama NK mula disebut semula oleh peminat.

NK menghiburkan peminat yang hadir

Walaupun cerita yang disebarkan itu adalah tidak pasti kebenarannya, namun secara professional tidak haruslah pihak lain menceritakan keburukan seorang dan adalah lebih baik melalui kritikan terhadap kerjayanya. NK juga berserah kepada Allah akan segala terjadi kepadanya dan orang lain tidak berhak untuk menceritakan perkara buruk mengenainya dan beliau tenang menghadapi segala dugaan tersebut. Beliau juga berkata tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana wartawan dan pihak media yang menyebarkan cerita buruk mengenainya kerana itu akan menjejaskan keperibadian diri.

 

Interview With Norish Karman (2012)

Norish Karman juga turut mengulas dan menasihati mana-mana wartawan mahupun media hiburan supaya tidak terlalu argresif dalam mencari berita hangat walaupun ianya penting bagi melakukan sesuatu majalah ataupun blog tersebut. Adalah lebih baik untuk menilai kerjaya seseorang artis berbanding cerita buruk seseorang.  Penjelasan yang padat itu telah mencerminkan dan memberikan suasana baru di terhadap NK dan peminat dimana para pembaca informasi artis perlulah memastikan berita disampaikan dengan betul dan bukannya fitnah.

Selain itu, Nk di Majlis berbuka ini sempat meluangkan masa bersama peminat dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu  ” Menghitung Hari” dan “Someone Like You”. Akhir kata dari NK adalah Ucapan hari raya kepada pembaca blog UzairOthman.com dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NK kerana sudi menjemput saya ke Iftar with NK & Fanz di E@Curve. Semoga beliau dapat berhari raya bersama keluarga dengan penuh harmoni dan gembira.

 

 Iftar With Norish Karman (House, E@Curve)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...