Iftar Bersama Angkasawan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor

August 12, 2012 at 10:44 pm

12.8.2012 – Bertempat di Restoran Rebung berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama Angkasawan negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Majlis yang turut meraikan anak-anak yatim dari rumah anak yatim Nur Salam,Chow Kit yang telah menjadi tradisi Dr Sheikh bersama Dato’ Chef Ismail.

Majlis yang turut dihadiri oleh para VIP dan wartawan serta tidak dilupakan para penaja yang telah bekerjasama mengadakan Iftar ini.Para artis juga turut hadir dan diantaranya ialah Zahnita Wilson, Atilia, Salmiah Hassan, Mafarika, Altimet dan Chef Anis Nabila. Sangat bermakna buat anak-anak yatim yang hadir dimana angkasawan negara turut memberikan duit raya serta bantuan lain yang telah disediakan oleh pihak penaja.



Iftar Bersama Angkasawan 2012 – Dr sheikh muszaphar shukor Berkongsi Pengalaman Di ISS
 

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Dr. Sheikh sempat memberikan nasihat dan motivasi kepada mereka yang hadir di Iftar ini dan anak-anak yatim yang hadir turut sempat bertanyakan soalan mengenai pengalaman beliau di ISS. Dr. Sheikh sempat menceritakan pengalaman beliau berpuasa, solat dan cara mengambil wuduk ketika di Angkasa lepas. Beliau sangat bersyukur dan bergembira kerana dapat merasai satu pengalaman berharga di dalam hidupnya.

Dr.Sheikh sempat mengucapkan ucapan selamat hari raya kepada semua umat Islam di Malaysia :-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...