Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Kini Dibuka!!!

August 8, 2012 at 9:00 am

Dimaklumkan bahawa Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 kini dibuka mulai 6 Ogos 2012 secara online melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 21 September 2012 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan permohonan boleh merujuk kepada pegawai dari Unit Penawaran di talian 03-88853049.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...