Pos Malaysia Lancar Perkhidmatan Pajak Gadai Islam

August 8, 2012 at 8:24 pm

Pos Malaysia Berhad hari ini melancarkan satu lagi perkhidmatan iaitu pajak gadai Islam di bawah jenama ArRahnu@POS, yang merupakan pilihan perkhidmatan mudah, mematuhi aspek Syariah dan bagi menukar barang kemas kepada bentuk wang tunai.

ia bakal memberi faedah terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil yang memerlukan sumber pembiayaan segera, mudah dan pada kadar yang berpatutan.Pos Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah kementerian, jadi orang ramai lebih yakin kerana kerajaan secara tidak langsung terlibat dalam menjamin keselamatan barang kemas yang disimpan.

Buat masa ini dua cawangan menawarkan perkhidmatan tersebut iaitu di bangi serta di Kuala Terengganu yang telah memberi pinjaman wang berjumlah lebih RM600,000 sejak beroperasi Julai lalu.

-info – utusan online..

 

bagi saya bagus la benda ni sebab rakyat malaysia boleh pajak barangan berharga mereka bila dalam kesusahan. warga emas kan selalu simpan barang kemas, jadi mereka boleh la pajak bila sudah tidak ingin memakainya lagi kerana duit adalah lebih penting buat masa kini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...