Berbuka Puasa #ChurpOut Di Restoran Songket
5.8.2012 – Hari ini ChurpOut Buka puasa bersama rakan Churppers di Restoran Songket, Kuala Lumpur. Lokasinya yang terletak di No. 29, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur itu menjadi tempat berbuka puasa saya. Terima kasih kepada ChurpChurp.com kerana sudi menjemput saya ke Majlis berbuka puasa #ChurpOut ini. Berbuka puasa kali ini adalah bersama para blogger dan Alphas Churpchurp iaitu para selebriti yang aktif di laman sosial ini.
Di Restoran ini menampilkan pilihan menu terbaik untuk anda dan harganya juga berpatutan dan sesuai dengan jumlah menu makanan yang disediakan. Harganya adalah RM68 ++ Dewasa dan RM34 ++ untuk Kanak-Kanak 3-11 tahun.
Anda boleh melihat menu makanan di restoran ini (di sini)
Pelbagai menu juadah berbuka puasa disediakan di Restoran Songket ini dimana masakan melayu dan kampung disediakan kepada pengunjung yang berbuka di sini. Diantaranya adalah seperti Lauk-pauk kampung melayu, BBQ, sate, kuih muih dan pelbagai lagi.
Berbuka puasa bersama rakan-rakan sosial media yang lain merupakan salah satu pengalaman terbaik saya dimana saya dapat berkongsi cerita dengan mereka. Di event ini terdapat beberapa permainan disediakan churpchurp dan diantaranya ialah permainan Camwhore, Memorable photo pelbagai lagi. Saya juga sempat menyertai permainan meneka perwatakan iaitu saya hanya dibenarkan mengunakan anggota badan untuk menerangkan maksud sesuatu ayat yang diberikan oleh churpchurp.
Antara selebriti yang hadir di majlis berbuka puasa ini ialah Adi fashla, Yuyu Zulaikha, Budiey, dan saya juga menjemput blogger Mohdzaid.com bersama-sama saya untuk berbuka puasa disini. Ramai juga blogger yang hadir dan rata-ratanya yang dikenali di Malaysia.
Mungkin bagi anda yang tidak tahu mengenai Churpchurp, ia adalah sebuah syarikat pengiklanan yang menawarkan ganjaran kepada anda yang menyebarkan setiap iklan di laman sosial anda seperti twitter ataupun facebook. Menjana duit iklan dengan mudah telah menyakinkan saya untuk berusaha mendapatkan pendapatan sampingan dari churpchurp.
- bersama para blogger ketika bermain permainan oleh churpchurp
- Jadi demo dengan shah
- Saya bersama mysara yang telah memenangi pertandingan teka perkataan
























