
Qube Cinema dari UK bersedia untuk mewujudkan sebuah dunia Cinema Digital dengan produk yang inovatif, kuat, dipercayai dan kos rendah. Qube 2D & 3D 5.1 sound Cinema akan membantu merealisasikan pencapaian global bagi filem- filem tempatan. Untuk itu, negara Malaysia haruslah ‘tukar’ pawagam terkini ke pawagam digital bagi pencapaian artis- artis tempatan ke peringkat antarabangsa melalui filem tempatan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Kini, Qube Cinema sedang digunakan dengan berjayanya di tahap antarabangsa bagi negara – negara seperti Amerika Syarikat, Europe, Timur Tengah, Africa, Australia, India, Korea, Singapura dan seluruh Asia yang terlibat dalam filem produksi. Lebih daripada 4,500 pawagam antarabangsa menggunakan Qube Cinema dan sedang berkembang maju.
Syarikat D’Cinema Sdn Bhd, telah diberikan kuasa untuk mengedar, menjual mahupun memasang dan membekal ‘Qube Mastering’ bagi filem- filem tempatan untuk pawagam- pawagam di Malaysia. Kuasa ini telah diberikan daripada sebuah syarikat yang juga bernama D’CINEMA dari Amerika Syarikat.
Teknologi 2D & 3D QUBE DIGITAL SCREENING ini sangat menguntungkan pihak penerbit filem khususnya di Malaysia kerana teknologi ini boleh menjimatkan kos pasca produksi sebanyak 60% lebih rendah dari kos pasca penerbitan yang sedia ada kini. Teknologi ini amat bersesuaian dengan matlamat 1Malaysia konsep. Motif ini semestinya akan digalakkan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi mencapai taraf filem tempatan dalam peningkatan kreatif 2D & 3D 5.1 sound digital teknologi di Malaysia.
Selain daripada itu, filem tempatan yang diperbuat daripada format filem lebih senang untuk dicetak rompak berbanding dengan teknologi 2D & 3D DIGITAL CINEMA format yang disulitkan khas (watermark) akan secara tidak langsung bertindak membanteras terus kegiatan cetak rompak khasnya filem buatan 1Malaysia.
Syarikat D’Cinema Sdn Bhd amat berbesar hati untuk berkongsi pengetahuan tentang teknologi QUBE DIGITAL SISTEM CINEMA 2D & 3D ini kepada semua penerbit- penerbit filem dan pemilik- pemilik pawagam di Malaysia khususnya dengan sokongan dan kerjasama FINAS sebagai sebuah Perbadanan Filem yang mendokong industri filem tanahair ke peringkat global dan juga pihak kerajaan.