Tunaikan Zakat Anda – Kaunter Zakat Dibuka 7 Hari Seminggu

July 21, 2012 at 5:11 pm

Hampir 30 pusat zakat disekitar selangor dan tidak termasuk di surau-surau dan masjid, namun masih lagi berlaku setiap tahun dimana umat islam di negara ini tidak menunaikan tuntutan zakat fitrah. Hal ini sangat serius dan perlu dibendung dengan segara. Zakat merupakan kewajipan kepada seluruh umat islam dan perlulah disumbangkan untuk membantu golongan asnaf (golongan yang memerlukan zakat)

Bagi kawasan selangor, anda boleh menunaikan zakat anda di seluruh cawangan Lembaga  Zakat Selangor (Mais) dan Ejen IPT iaitu terdapat di UITM, UKM, UNITEN, UIAM, UPM dan MMU. Anda juga boleh menunaikan zakat anda secara potongan gaji, eZakat pay, kiriman pos, ejen bank, perbankan internet, mobile banking dan mesin ATM.

Selain itu, Sembilan kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan beroperasi tujuh hari seminggu termasuk hari cuti umum sepanjang Ramadan ini bagi pembayaran zakat.Kaunter tersebut terletak di Shamelin, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya Presint 9, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Daruzzakah (Kuala Lumpur), Masjid Abdul Rahman bin Auf (Puchong), Masjid Imam Al-Ghazali (Kepong) dan Labuan dan dibuka dari 8.15 pagi hingga 4.30 petang.

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat di kaunter berkenaan iaitu zakat pendapatan, zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat fitrah dan pembayaran fidyah, menurut kenyataan PPZ. kadar zakat fitrah bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tahun ini kekal RM7 seorang.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai zakat anda boleh melawati

http://www.e-zakat.com.my/