Ramadhan : Dapatkan Bekalan Barangan Masakan Dengan Segera !!!

July 16, 2012 at 12:00 pm

Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan seperti minyak masak dan gula bagi menyambut bulan puasa tahun ini mencukupi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi minyak masak, Lembaga Minyak Sawit Malaysia bersetuju menambah 10 peratus lagi kuota bekalan untuk diedar kepada pemborong dan pembekal.

Manakala barangan keperluan lain juga akan ditambah berikutan ramai peniaga yang memerlukannya bagi menjalankan perniagaan mereka pada bulan puasa nanti. Mengulas kenaikan harga bawang putih baru-baru ini, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak dapat mengawal semua harga barangan keperluan kerana ia diimport dan harganya bergantung kepada pasaran semasa.

Kenaikan harga bawang putih baru-baru ini tidak dapat dielakkan kerana negara pengeluar iaitu China kekurangan bahan tersebut disebabkan pelbagai faktor, termasuk bencana alam.Namun demikian, kerajaan akan bertindak tegas ke atas peniaga atau pekedai yang menaikkan harga barang secara mendadak, dan mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencatutan yang membawa kepada hukuman denda dan penjara.

Jesturu itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan dan masakan bagi persedian bulan puasa yang akan bermula pada hari sabtu minggu depan. Ini bertujuan bagi mengelakkan daripada kehabisan stok dan kenaikan harga barang yang berterusan. Semoga anda menjalani ibadah puasa anda dengan tenang dan di redhai Allah.

*sumber info daripada Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...