Cubaan Bunuh Diri Vokalis Kangen Band !!!
Vokalis kumpulan Kangen Band, Andhika bukanlah satu nama asing di arena musik Indonesia dimana vokalis kangen band ini seringkali menampilkan pelbagai isu menarik dunia hiburan di seberang. Kali ini di gemparkan dengan kes Bunuh diri , namun perkara itu diperjelaskan oleh beliau melalui satu temu bual media disana. Beliau mengakui pernah mahu membunuh diri selepas dia disingkirkan daripada Kangen Band kerana melanggar kontrak. Pihak label Warner Music Indonesia menuntut Andhika disingkirkan dari Kangen Band selepas Andhika menandatangi kontrak bersama dengan pihak label lain.Dodhy selaku gitaris kumpulan Kangen Band memberitahu kepada media Indonesia dimana beliau ada bertanya dengan Andhika mengenai perkara ini namun apa yang boleh dikatakan olehnya adalah Andhika sendiri pening dengan keadaanya sehingga pernah merasa mahu membunuh diri.
Dodhy turut meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan Andhika yang menandatangani kontrak dengan pihak lain sedangkan dia masih bersama Warner Music. Namun Dodhy tidak menyalahkan Andhika malahan akan tetap menyokong dia walaupun sudah tidak bersama sebagai kumpulan.Apa yang boleh dikatakan oleh Dodhy adalah mungkin Andhika membuat keputusan untuk menandatangi kontrak lain disebabkan duit serta dia sedikit keliru dengan perjanjian yang dimeterai bersama Warner Music. Sebagai seorang sahabat, dia hanya mampu memberikan nasihat kepada Andhika.
Beliau juga menasihati supaya Andhika buat keputusan jangan mengikut emosi. Guna akal fikiran yang waras. Jika ikutkan nafsu nanti binasa.Sementara itu, Dodhy memberitahu pihak Warner Music boleh mempertimbangkan untuk tidak menyingkirkan Andhika tetapi dia perlu membayar ganti rugi sebanyak 1 RM338 ribu.Kangen Band masih berbaik sebuah album lagi bersama syarikat Warner Music iaitu album kelima mereka dan menurut pihak syarikat rakaman Warner Music, Andhika harus disingkirkan atau perlu membayar denda.
*Info dari Detih Hot






