21 Tahun Perginya Jaguh Negara “SuperMokh”

July 11, 2012 at 11:37 pm

Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari yang dilahirkan pada tahun 1953 merupakan seorang pemain bola sepak pasukan kebangsaan dan Selangor yang telah banyak menabur bakti kepada dua pasukan ini.Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai SuperMokh telah pergi meninggalkan legasi kehandalan bola sepak Malaysia dan selangor sekitar 21 tahun yang lalu. Pemain yang lincah dan mempunyai skill serta rembatan yang deras ini sentiasa mengerunkan lawan. Oleh itu, tidak mustahillah ketika di zaman kegemilangannya dimana beliau bersama pasukan Malaysia telah berjaya menumbangkan pasukan Korea , Jepun dan banyak lagi pasukan handalan dunia.

Antara detik menarik beliau adalah pertemuan Supermokh bersama Diego Maradona pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Boca Juniors. Selain iut, lagenda bola sepak selangor ini telah memenangi beberapa anugerah dan telah berjaya meraih kejuaraan piala Malaysia bersama selangor ketika  zaman kegemilangannya. Tahun 1986 di stadium merdeka adalah merupakan perlawanan terakhir beliau bersama pasukan Selangor dan ketika itu selangor menumpaskan Johor 6-1 untuk menjulang piala Malaysia pada tahun tersebut.

Belia telah menjaringkan 175 goal untuk Selangor, 20 goal dalam 13 appearance bersama Kwong Yik Bank, 125 goal untuk  Malaysia, dan jumlah jaringan adalah 320 goal dalam kariernyakini nama Mokhtar Dahari itu hanya tinggal kenangan dan ia akan diingati seluruh rakyat Malaysia akan pemergiannya pada 11 July 1991.

- Al-Fatihah-

 


Maroon 5 “Overexposed Tour 2012” Live in Malaysia

July 11, 2012 at 8:03 pm

Siapa tidak kenal dengan Artis antarabangsa ini yang popular dengan lagu “This Love” dan “Move Like Jagger”. Maroon 5 juga yang baru release single terbaru mereka yang berjudul  ’Payphone’ (featuring American rapper Wiz Khalifa). Konsert yang bakal dilangsungkan di Stadium Shah alam jam 9 malam itu bakal dipenuhi ribuan peminat band asal USA ini. 20 September 2012 bakal menjadikan tarikh penting kehadiran band ini ke Malaysia dimana harga tiket yang dijual pada harga Rm 195, Rm 295, Rm 355 dan Rm 485 untuk VVIP.

Kumpulan yang memenangi anugerah People’s Choice Award bagi kategori Favourite Band telah mengadakan beberapa konsert di sektiar Usa dan Eropah. Kini tiba giliran Asia  sebagai salah satu destinasi persinggahan kumpulan ini. Tiket konsert boleh di dapati di Www.ticketpro.com.my dan sebarang maklumat konsert boleh dilihat di www.prworldwidelive.com.

Konsert ini juga turut mengundang persembahan pembukaan dari The Cab yang terkenal menerusi lagu ’Bad’, ‘Bounce’  dan ”One Of Those Nights’ .

Berikut merupakan senarai harga tiket yang bakal dijual di konsert ini :-

 

 

Apakah Konsep “Chill Bro” ?

July 11, 2012 at 2:50 am

Chilllllllaaaaaabrrooooooo !!!! Tahukah anda apa makna Chill bro !!!  ? Chill bro merupakan salah satu jati diri saya dan boleh dikatakan prinsip dalam kehidupan seharian. Chill dalam beberapa perkara dapat membantu saya menghadapi segalah ujian tuhan dengan tenang dan sabar. Chill bersama rakan-rakan dan kehidupan membuatkan diri kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan bahagia. Tanpa bermusuh dan iri hati , sifat chill itu membuatkan kita lebih ramai kawan dalam kehidupan ini.

Menikmati detik cemas dan tertekan dalam peperiksaan bukanlah satu perkara baru dalam kehidupan saya dan itu merupakan saat paling manis dan teruja saya kerana dapat mengalami satu suasana tegang dimana saya sendiri dapat mampu mengatasi tekanan tersebut. Dengan sifat chill inilah saya berjaya hadapi segala masalah tekanan tersebut. Namun sifat Chill ini juga akan memakan diri jika anda hanya chill selamanya. Ini kerana ia akan menjadikan anda seorang pemalas dan tidak rajin berusaha.

jika masih ada yang tak faham apa makna Chill ini.. Chill adalah sifat tenang dan sabar serta cool dalam segala aspek kehidupan dimana kita tenang dan bijak melawan tekanan perasaan serta dugaan hidup. Berserah dan memohon doa kepada tuhan menjadikan diri kita lebih kuat dan disayangi oleh orang lain.. so untuk tenang anda perlulah chill seperti saya…Chilllaaabroooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...