Makan-Makan : Restoran Brothers Corner Kg. Abu Bakar Baginda
Restoran Brothers Kg. Abu bakar baginda mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang berada di sekitar bangi dan putrajaya kerana restoran ini memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan menarik. Saya yang secara kebetulan belajar di Uniten, sangat dekat dengan restoran ini. Ini merupakan tempat melepak saya diwaktu malam dimana ketika letih study saya akan singgah dan makan disini. Hari ini saya sempat singgah ke restoran ini dan mencuba menu Mee Goreng Basah.
Apa yang menarik dengan mee goreng basah ini adalah ia akan membuatkan orang yang makan akan berasap telinganya..hehe.. ini kerana ia sangat pedas dan disebab itulah saya rasa sangat sedap mee goreng basah disini. Mempunyai pelbagai rencah seperti udang,ayam dan sayur menambahkan lagi kesedapan Mee ini.
Pelbagai lagi menu masakan disini dan diantaranya adalah seperti sate,char kueh tiaw, masakan panas, nasi campur (tengah hari) dan pelbagai lagi..
Bagi yang tak pernah kesini, lokasi restoran ini terletak berhampiran Medan selera Lot 10 ayer itam.kira-kira 5 minit dari presint 14 putrajaya. kalau anda sesat anda tanya saja dengan orang sekitar tempat tu dan pasti mereka akan tau restoran ini. Ini kerana restoran ini begitu dikenali oleh orang ramai dikawasan tersebut.




