Terbang Ke Korea Selatan Daebak !!

July 9, 2012 at 12:26 am

Korea Selatan ? Wow pastinya menjadi sebuah tempat dan negara idaman bagi sesetengah para gadis-gadis di Malaya ini. Jejaki kacak dan wanita cantik seringkali menjadi perhatian rakyat Malaysia akan negara korea ini. Namun pastinya anda juga tahu yang mereka disana lebih gemar plastik surgery untuk menampakkan kecantikan mereka. Namun bukan itu matlamat saya untuk menceritakan tentang korea selatan ini. Seperti anda semua tahu, negara korea ini seringkali muncul di kaca tv dengan dihiasi permandangan yang cantik dan romantik. Banyak filem terkemuka dunia telah menjalani pengambaran disana. Oleh itu, ia membuatkan saya tertarik akan negara di utara Asia ini.

Terkenal dengan Drama cinta, negara korea juga turut terkenal dengan tempat menarik untuk di lawati seperti Seoul,Busan dan paling menarik adalah pulau Jeju. Negara yang mempunyai 4 musim itu pasti akan menjadikan percutian menarik bagi setiap individu. Saya kini telah meletakkan hasrat untuk terbang dan bercuti disana. Pada asalnya saya ingin memilih negara Jepun untuk destinasi percutian idaman saya, namun setelah menjalani sedikit kajian dan saya dapati korea adalah lebih utama dan menarik untuk dilawati.

 


Suasana tenang dan aman membuatkan saya teruja untuk kesana disamping ingin belajar budaya dan tradisi mereka disana . Setiap kali saya travel ke luar negara, pasti saya akan mencuba dan menikmati perkara baru di dalam hidup dengan belajar gaya hidup dan sosiobudaya rakyat di negara yang saya lawati. Amat rugi jika kita tidak mencuba sesuatu perkara menarik di negara orang. Di korea ini saya begitu tertarik dengan flying fox tertinggi yang meneruni gunung dan dibawahnya adalah laut. Jika tidak silap, ianya terletak di Pulau Jeju iaitu merupakan pulau tempat pengambaran drama Winter Sonata dan filem “Aku ada kau ada”.

Tapi sebelum hendak kesana, saya perlulah mengkaji lebih mendalam tentang negara tersebut dari segi matawang,tempat menarik,makanan dan hotel. Ini amat penting bagi memudahkan segala urusan percutian impian saya. Jika Anda ada pengalaman bercuti disana, ayuh berkongsi cerita anda di komen post ini. Mungkin ia akan membantu saya untuk percutian impian ini.

 

Gambar Menarik di Korea Selatan :-

 

 

 

Flying fox ini yang mesti saya cuba ni..hehehe

 

 

Jika berpeluang saya ingin berjumpa dengan ahli-ahli Running Man kerana mereka sangat kelakar dan berbakat serta seringkali membuatkan saya tersenyum lebar dan ketawa. Semoga segala impian saya menjadi kenyataan dan diharap tercapai ..Aminnnnn

 

*gambar dari Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...