Kumpulan Muse Nyanyi Lagu Rasmi Sukan Olimpik London 2012

Muse talk about their London 2012 inspired song ‘Survival’
Kumpulan Muse yang dianggotai oleh Matt Bellamy, Dominic Howard dan Chris Wolstenholme telah pun dipilih oleh pihak penganjur sukan olimpik 2012 sebagai kumpulan yang akan menyanyikan lagu rasmi sukan olimpik London iaitu ” Survival”. Kumpulan Muse yang sangat diminati remaja di Malaysia ini bakal tampil dengan album terbaru meraka yang berjudul “The 2nd Law” yang dijangka release pada September ini.
Kumpulan yang mula dikenali pada tahun 1994 ini sudah pun berjaya memenangi pelbagai anugerah dan telah berjaya meraih hasil jualan jutaan unit album mereka. Lagu oleh Kumpulan No.1 UK ini bakal dimainkan pada setiap majlis penyampaian pingat dan beberapa majlis rasmi sukan olimpik di London nanti.



