Makan-Makan : Burger Bakar Abang Burn !!!

June 21, 2012 at 4:09 pm

Semalam selepas habis kelas di UNITEN saya bersama 10 orang rakan saya melepak di Ramal Junction, Sg.Ramal, Kajang. Misi utama kami semalam adalah ingin merasai kesedapan Burger Bakar di sana. Gerai yang dikenali sebagai “Burger Bakar Abang Burn” menjadi tumpuan orang ramai seawal jam 5 petang lagi. Gerai yangg tutup pada jam 12.30 pagi ini telah menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Bangi dan Kajang. Kebetulan pula gerai ini berdekatan dengan tempat saya study, jadi sempatlah saya bersama rakan-rakan saya singgah ke sana.

Burger yang saya pilih adalah Burger Ayam Supreme + Cheese dan harganya adalah Rm8.50. Jika anda tidak mahukan Cheese harganya adalah Rm 7.00 ++ ..Terdapat Burger ayam dan daging yang dijadikan pelbagai jenis menu burger disana. Burger bakar Abang Burn ini cepat siap dan anda tidak perlu menunggu lama sehingga berjam-jam..Dalam 15 minit sahaja anda sudah dapat Burger Bakar ini. Burger Bakar Abang Burn ini baru sahaja dibuka pada minggu lepas dan kini sudah mula ramai orang mengenali gerai ini. Bagi penggemar Burger Bakar pastikan anda mencuba Burger Bakar disini dan bagi saya ianya lebih sedap berbanding Burger Bakar di Rasta,TTDI.

Bagi yang nak mencari gerai ini, anda bolehlah berpandukan peta dibawah dan tidak susah untuk mencarinya. Jika anda datang dari Kuala lumpur adalah lebih sesuai mengunakan Highway PLUS dan exit Kajang. Gerai ini berada di haluan ke kajang .

 

Credit photo to Rozaina Rahmad