Konsert : Train Gegarkan KL live !!!
16 June 2012 : Kumpulan Yang dikenali menerusi lagu “Soul Sister” telah berjaya memukaukan lebih 2500 orang yang hadir pada konsert Train di KL Live malam tadi. Konsert yang dimulakan pada jam 8.30 malam itu dianjurkan oleh JS Concert & Fatboys sangat dinantikan oleh peminat kumpulan Train ini. Dianggotai oleh Patrick Monahan (vocals), Jimmy Stafford (Guitar) dan scoot underwood (Drums) telah berjaya menghiburkan peminat yang hadir di konsert ini.
Train dalam rangka jelajah Asia sempat singgah ke Kuala lumpur sebagai salah satu perhentian mereka di jelajah asia ini. Train merupakan band yang telah memenangi pelbagai anugerah di Grammy Awards, Billboard music awards dan pelbagai lagi. Oleh itu, sudah pasti peminat Train di Malaysia sangat menantikan kehadiran band ini ke Malaysia.
17 buah lagu keseluruhannya telah disampaikan oleh kumpulan Train ini. Antara lagu yang di sampaikan pada konsert ini adalah seperti 50 Ways, This’ll be my year, if its love, meet virginia, i got you, soul sister, Drive by dan pelbagai lagu lagi yang melibatkan dari album pertama mereka sehingga yang terkini.



