Tumbang Ke Lantai Gara-Gara Euro 2012 !!!

June 13, 2012 at 1:08 am

Kehangatan Euro 2012 yang kian terasa di serata dunia turut mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ini dimana jutaan rakyat Malaysia sentiasa berada di hadapan kaca TV untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran masing-masing. Tidak asing bagi rakyat Malaysia dimana menyasikan perlawanan bola sepak secara langsung di gerai mamak mahupun dirumah telah menjadi trend dari kanak-kanak hingga golongan dewasa. Perlawanan Euro yang bermula pada jam 12 tengah malam itu  akan berlangsung sebanyak dua perlawanan pada setiap hari. Ini akan mengambil masa kira-kira 4 jam lebih iaitu lebih tepat lagi penonton akan menyasikan perlawanan euro sehingga jam 4.30 pagi.

Tidur lewat dan kerja di pagi hari adalah salah satu rutin harian beberapa orang. Namun kehangatan euro ini ternyata digunakan sepenuhnya oleh penggemar bola sepak di Malaysia. Lihatlah gambar diatas dimana mereka sanggup tidur di dalam masjid ketika selepas waktu zuhur. Gambar yang diambil dari sebuah masjid di Selangor ini menunjukkan ramai mangsa-mangsa Euro tertumbang diatas karpet Masjid yang sedap dan emput ditambah pula dengan aircond yang sejuk.

Dapat tidur dengan waktu yang sekejap pada waktu rehat tengah hari sudah  cukup bagi mereka untuk menyaksikan setiap perlawanan Euro yang dilangsungkan pada awal pagi. agak kelakar juga saya melihat keadaan mereka dimana bilangan mereka yang tidur bertambah ramai dari hari ke hari.