Babak Menarik Euro 2012 (10/6/2012) : Germany (1) Vs Portugal (0)
Germany berjaya menarik nafas lega apabila berjaya melepasi cabaran pertama peringkat kumpulan B Euro 2012. Mario Gomez muncul wira Germany apabila berjaya mendapatkan gol keemasan hasil satu tandukkan oleh beliau pada minit ke – 72. Perlawanan yang agak membosankan ini berlangsung dengan keadaan kedua-dua pasukan gagal mencari gol awal pada separuh masa pertama. Hampir satu perlawanan baru lah permainan berubah rancak dan gol berjaya dihasilkan.
Germany menguasai lebih 57% kawalan bola berbanding 43% oleh Portugal. Kekebalan pertahanan Germany menyukarkan pergerakan Cristiano Ronaldo untuk mencipta jaringan pada perlawanan ini.
Tonggak utama Germany iaitu Mesut Ozil menjadi pengerak utama dalam serangan pasukan Germany.
tandukkan Gomez berjaya meletakkan Germany sebagai pendahulu kumpulan B
Kemenangan 1-0 Germany amatlah penting kerana mereka perlu mencari mata maksimum disebabkan berada di dalam kumpulan maut yang terdiri daripada Portugal, Holland dan Denmark.
statistik perlawanan:-








