Refresh, Rejuvenate, Rejoice at Awana Kijal

June 27, 2012 at 12:49 am


Pastinya korang akan ingat blog post pasal Awana Kijal pada bulan lalu dimana saya menyertia trip Nuffnang ke Awana Kijal,Terengganu. Video diatas merupakan pengalaman yang dapat dikongsikan bersama blogger-blogger yang menyertai trip berkenaan.
View post terdahulu :-

Nuffnang Trip To Awana Kijal – Day 1

 

Nuffnang Trip To Awana Kijal – Day 2

 

Nuffnang Trip To Awana Kijal – Day 3

 

pelbagai kenangan manis dan perkara menarik dapat dikongsikan di Trip percutian ini. Terima kasih kepada Nuffnang dan Genting kerana telah memberikan saya peluang untuk menyertai Trip ke Awana Kijal,Terengganu. Diharap kita dapat bertemu lagi di lain hari. :)

Filem “Brave” Bagi Pengajaran Untuk Kanak-Kanak Degil !!!

June 26, 2012 at 12:54 am

Filem Brave yang menjadi tumpuan hangat di Amerika ini , telah pun saya tonton di Cathay E@CURVE ketika Special Screening Of Brave bersama Nuffnang semalam. Filem yang mengisahkan kehidupan seorang puteri raja yang mempunyai sifat yang degil dan tidak mahu mengikut kata ibunya.

Oleh kerana sifatnya yang degil itu, satu malapetaka telah menimpa beliau dimana ibunya terkena sumpahan ahli sihir dan sumpahan itu telah menjadikan ibunya seekor Beruang. Filem yang banyak memberikan pengajaran kepada kanak-kanak ini sangat bagus di tonton dan ia akan memberikan satu pengajaran penting kepada kanak-kanak supaya tidak melawan kata ibu dan bapa.

saya sangat menyukai filem ini dan kisah kekeluargaan yang menarik serta ada naik turun plot cerita ini telah membuatkan saya berasa puas hati menonton filem ini. Filem ini saya berikan 4 bintang daripada 5 dan anda pasti akan menyukai filem ini kerana ia juga diselitkan unsur lawak di dalam filem ini.

Hi Tea With RA & Bloggers

June 26, 2012 at 12:31 am

Last Saturday , saya sempat meluangkan masa di Hi Tea With RA iaitu majlis minum petang bersama blogger Ruby  di Scott Garden ,Jalan Kelang Lama. Hi Tea with RA ini diraikan oleh rakan-rakan blogger yang kebiasaannya berjumpa di event-event. Antara blogger yang hadir adalah Cik lily, Khairil Husni, Yana Yassin,Pen Merah,Nisa Kay,Anis Athia dan ramai lagi..

melepak sambil bersantai di raung legar Scott Garden ini dapat sekali sekali merehatkan diri dari kepenatan bekerja disamping dapat berjumpa dengan blogger terkemuka di Malaysia ni..hehe ..

Ini dia blogger http://rabiatuladawiyah.com

Di event ini saya mengajak abang saya Mohdzaid.com untuk teman saya ke event ini. Di dalam tengah2 tu adalah Blogger Khairil Husni yang turut sempat pose bersama saya..haha

S

Meruku ini saya beli setelah mendapat baucer Diskaun dari Ruby..hehe ..Terima Kasih la ye menjemput saya ke event ini..diharap kalau ada event lain jemput2 la ye..hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...