Saham Wakaf Selangor Bantu Pengecualian Cukai Pendapatan

May 29, 2012 at 9:10 pm

Saham Wakaf Selangor dibuka kepada seluruh umah Islam tanpa mengira negeri

Kepada Golongan Bukan islam juga turut digalakkan untuk mengetahui Wakaf ini walaupun anda tidak boleh menyertainya :)

Seperti yang anda tahu bahawa Wakaf adalah salah satu ibadah iaitu menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum dan khusus dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.  Oleh itu, Saham Wakaf Selangor kini telah memudahkan anda untuk menyumbangkan Wakaf anda kepada MAIS.

Saham Wakaf Selangor (SWS) ini merupakan satu cara berwakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah dan menwakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan ummah.

Kebaikan Wakaf ini adalah ia sebagai sedekah yang menjaminkan ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan sehingga hari akhirat selagi harta itu kekal dan berterusan kegunaannya. Selain itu, ia merupakan satu sistem untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial masyarakat  islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.

Kemana SWS disalurkan ?

1. Untuk pembiayaan program pembangunan tanah-tanah wakaf yang berdaya maju.

2.Untuk pembelian hartanah yang berpotensi bagi manfaat masyarakat islam seperti pembelian lot hartanah,perumahan dan sebagainya.

3. untuk pembangunan perladangan, ternakan, dan perkilangan.

4. Untuk pembiayaan pembinaan dan penyelenggaraan pembangunan prasarana ibadah dan institusi keagamaan seperti masjid, surau, sekolah agama dan sebagainya.

 

Apa kelebihan SWS?

Segala sumbangan derma akan dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967.

 

Cara Menyertai SWS ?

  • Kaunter bahagian baitumal & MAL Mais
  • pejabat agama islam daerah
  • kaunter lembaga zakat selangor
  • ejen penerangan dan kutipan
  • skim potongan gaji
  • pos
  • e-Mais (www.mais.gov.my)
Perkara yang perlu dilakukan :-
1. Penyertaan hendaklah mengunakan borang B1 yang boleh di dapati di mana-mana kaunter zakat ataupun di laman web mais.
2. Kadar minimum adalah Rm 10 (seunit) dan tiada kadar maksimum.
3. Penyertaan dibuka kepada orang ramai dan organisasi
4. Setiap peserta tidak menerima sebarang bentuk dividen atau keuntungan kerana ia bersifat wakaf.
5. Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil mana-mana individu yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup.

Segala maklumat lanjut mengenai wakat ini anda boleh lah melawati laman web di bawah:-

http://www.wakafselangor.gov.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...