Pratonton Filem “Aku Ada Kau Ada” ( Koleksi Gambar Pelakon Filem “Aku Ada Kau Ada”)
22.5.2012 -Bertempat di Cathay E@curve berlangsungnya satu majlis pratonton filem terbaru daripada MIG. Filem arahan Rahila Ali ini diberikan judul “Aku Ada Kau Ada” yang bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 24 Mei 2012 ini. Filem yang dibintangi pelakon utama seperti Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli ini dijangka mendapat sambutan hangat peminat filem Malaysia. Selain itu, filem ini juga turut mendapat sokongan lakonan daripada Angah raja lawak, Wana Ali dan Sufian Ali. Ini dimana Wana Ali dan Sufian Ali merupakan adik-beradik yang menjadi bintang cilik di dalam filem ini.
Gabungan pelakon baru dan lama di dalam cerita ini pastinya akan memberikan kesan mendalam pada cerita ini. Ini dimana gandingan pelakon senior dan junior dapat menghasilkan satu filem yang baik disamping dapat menarik minat baru penonton. Filem yang bertemakan cinta komedi muzikal ini telah banyak menjalankan pengambaran di Korea dan Malaysia. Lokasi korea dipilih kerana ia mempunyai permandangan yang cantik dan indah dan dapat digabungkan di dalam watak percintaan filem ini.
Filem ini boleh dikatakan mirip filem hindustan iaitu Mohabbatein dimana watak dan jalan cerita filem ini berada di kolej. Pemain di dalam filem ini memaikan watak mahasiswa yang mengambil jurusan muzik. Dan keadaan itu seolah-olah sama seperti filem Mohabbatein. Sangat menarik perjalanan cerita ini disamping babak romantik yang akan membuatkan anda terpegun melihat babak cinta Shaheizy Sam bersama Yana Samsudin di dalam filem ini.
Rasanya jika hendak bercerita mengenai synopsis filem ini mesti tidak surprise. Jadi saya harap korang tengok sendiri filem ini di pawagam. Filem ini memang terbaik dan rate filem ini saya bagi 8 dari 10 bintang. Di dalam perjalanan cerita ini, telah diselitkan beberapa aksi nyanyian yang menampkan lagi filem ini filem cinta komedi muzikal.
Jika anda peminat filem cinta, pastikan anda tonton filem ini kerana filem ini diantara filem terbaik pernah dikeluarkan oleh MIG dan saya sendiri turut merasakan filem ini boleh pergi jauh kerana kualiti dan dialog filem ini yang kelakar akan membuatkan ramai penonton yang menonton filem ini turut ketawa bersama. Filem yang akan mula ditayangakan pada 24 mei ini memberikan satu kelainan buat anda.
Koleksi Gambar Artis Di Pratonton “Aku Ada Kau Ada”
Shaheizy sam
Yana Samsudin
kamal adli
Wana Ali dijangka mempunayi peluang yang cerah di dalam bidang lakonan
klik more untuk lihat lebih banyak gambar
filem pertama Sufian Ali
Perasmian filem Aku Ada Kau Ada
Barisan Artis yang terlibat dalam filem ini
Yana Samsudin Fan Club
kamal adli memegang watak nakal dan berlagak
Gabungan Pelakon baru dan lama
Wana Ali
Pasangan adik-beradik wana dan sufian
Intan Ladyana tidak berlakon di dalam filem ini, namun kehadiran beliau di pratonton ini hanyalah menemankan Kamal Adli yang turut berlakon di filem ini.
Intan Ladyana



















Wah..Cepatnyer.. lama x jumpa adik kan.. Dah kurus sikit.. Kuat study yer.. take care..

Nurul recently posted..Selayang Burger Grill memang terbaik!!
hehehe…baru lepas final exam…tu yg kurus kot..hihihi..
arap jumpa la kat event lain ye
Overall camne best x
best la cite ni..wajib tonton
sumpah lawa gler intan ladyana!
memang lawa kan