K.Gunalan & Shahrin Majid Kongsi Punca Merosot Prestasi Selangor FA !!!
22.5.2012 – Sewaktu saya berada di Event Allianz di Menara Bata, Damansara saya sempat berborak bersama 2 orang bekas pemain bola lagenda negara dan Selangor. Mereka berdua ialah K.Gunalan dan Shahrin Majid yang merupakan nama tidak asing lagi di dalam bola sepak negara kita. Saya sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam dimana sempat makan semeja dengan mereka. Banyak sekali kenangan silam dan pengalaman di ceritakan kepada saya dan banyak ilmu saya dapat dari mereka berdua ini.
Pada mulanya saya mengenalkan diri saya uzair othman dan seorang peminat setia pasukan Selangor FA. Setelah mereka mengetahui saya seorang peminat selangor FA mereka terus tersenyum dan terus petah berkata mengenai sejarah dan kenangan mereka ketika bermain untuk pasukan selangor di era 90 an. Perbualan kami pada mulanya agak terbatas kerana K.Gunalan enggan memberikan sebarang komen mengenai pasukan selangor masa kini. Jelas tampak kekecewaan di wajah mereka dimana pasukan selangor kini kurang berdaya saing dan mendapatkan kedudukan terbaik di peringkat liga super 2012.
Sebelum saya pergi jauh dengan perbualan ini, saya menasihatkan kepada pembaca post ini jangan terlalu emosi dan jangan menghina pasukan yang kita sayangi. Terima seadanya pendapat orang lain dan bersama-sama kita memberikan sokongan yang tak terhingga kepada selangor FA.
Antara 5 topik yang di bincangkan bersama :-
1. Tiada usaha keras pemain
Tiada usaha keras pemain ini adalah idea yang dilontarkan oleh Shahrin Majid dan beliau menjelaskan bahawa pasukan selangor terkini mempunyai pemain berkualiti dan merupakan salah satu pasukan yang menjadi pasukan juara. Namun sebaliknya terjadi pada Selangor FA sejak beberapa tahun ini dimana selangor sudah lama tidak memenangi gelaran Juara Piala Malaysia yang kali terakhir di menangi pada tahun 2005.
Selangor dibawah kendalian Irfan Bakti pastinya merupakan pasukan terbaik namun masih ada sebilangan pemain yang kurang berdisiplin akan masa dan latihan. Selain itu, beliau juga menjelaskan dimana permakanan pemain juga tidak dijaga dan itu menjadi punca prestasi pemain menjadi tidak menentu.Shahrin Majid juga pernah menyarung jersi pasukan selangor dan kebangsaan melihat disiplin pemain pada zamannya adalah berbeza berbanding sekarang dan hal ini perlulah diubah oleh seluruh pemain selangor.
Namun Shahrin tidak menafikan, pemain selangor tetap bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada pasukan dan mungkin hanya segelintir pemain yang kurang berdisiplin telah menyebabkan pasukan selangor kini merosot.
2. Sokongan padu penyokong
Topik ini dibincangkan Saya dan K.Gunalan dimana ketika di zaman mereka bermain untuk selangor. Ketika itu, penyokong selangor sentiasa memenuhi ruang di sekitar stadium shah alam. Boleh dikatakan pada tahun 1995 hingga 1997 merupakan zaman kegemilangan Selangor. Namun sedih untuk pasukan selangor masa kini dimana hanya sebilangan penyokong yang hadir kerana kecewa akan prestasi pasukan selangor.
Ketidak konsisten permainan pasukan selangor telah menyebabkan penyokong pasukan marah dan ditambah pula harga tiket yang mahal di stadium shah alam yang mencecah Rm 15.
3. FAS terlalu ego
Ego FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) terlalu tinggi telah menyebabkan kegagalan pada pasukan Selangor. Ini dimana Selangor mudah melepaskan pemain yang bagus dan berkualiti kepada pasukan lain. Shahrin menegaskan beliau pernah digugurkan oleh skuad selangor dan ketika itu beliau menyifatkan pasukan Selangor merupakan pasukan yang kaya dan mampu melepaskan serta memiliki mana-mana pemain terbaik yang lain di Malaysia.
Selain itu, FAS juga turut melepaskan pemain muda iaitu pemain presiden Selangor ke pasukan negeri yang lain dan hal itu telah menyebabkan pasukan selangor tidak memiliki pasuakan simpanan dan pelapis yang baik. Sangat berbeza di ketika mereka bermain untuk pasukan Selangor dahulu dimana mereka mempunyai 11 pemain utama terbaik dan mempunyai pemain simpanan yang boleh bermain dimana-mana perlawanan.
Ego FAS itu ternyata tidak disukai oleh orang ramai dimana FAS hanya gah dengan sejarah mereka iaitu menjulang piala Malaysia terbanyak iaitu 32 kali. Hal itu membuatkan FAS lebih bertambah ego dimana mereka mampu melepaskan pemain berkualiti dan memiliki pemain yang lain untuk menyarung jersi selangor. Pertukaran pemain dan perubahan pasukan sangat memberikan kesan negatif pada pasukan dimana mereka terpaksa mengubah segala taktikal dan hal itu juga akan menampakkan kelemahan pasukan selangor.
4. Semangat pemain masa kini dengan dahulu
Jika Selangor tidak masuk Final itu adalah bukan selangor !!! Selangor sememangnya merupakan pasukan digeruni di Malaysia namun hal itu telah dipandang rendah oleh pasukan lain di Malaysia dimana pasukan selangor kini gagal mempamerkan aksi menarik. K.Gunalan dan Shahrin Majid menjelaskan pada saya ketika mereka bermain untuk selangor dahulu, mereka langsung tidak gentar dan sedia menerima cabaran dari mana-mana pasukan .
Sifat berani itulah yang kita inginkan ada pada pasukan selangor pada masa kini. Mereka ketika itu sangat yakin bahawa jika setiap perlawanan di stadium shah alam mereka akan menang dan sentiasa menghasilkan keputusan positif ketika berkunjung di gelanggang luar.
5. Tiada skuad pelapis yang baik
Dan hal terakhir dibincangkan adalah saya menerangkan kepada mereka berdua bahawa pasukan muda selangor iaitu pasukan presiden tidak mempamerkan aksi terbaik dan ini sangat merisaukan masa depan pasukan selangor fa. Pelapis terbaik sangat ditagih dan FAS perlulah berbuat sesuatu bagi mengembalikan semula keghairahan penyokong serta mempunyai pemain yang berkualiti.
lima perkara itulah yang dibincangkan saya bersama K.Gunalan dan Shahrin Majid. Mereka juga sangat peramah dan sedia berkongsi segala pengalaman mereka kepada saya. terima kasih dan salam kenal dari saya Uzair Othman















