Di kala bosan di cuti semester ini, saya sempat meluangkan masa dengan lakukan hobi kegemarana saya, hobi saya ialah bermain gitar. Dan video diatas ini adalah salah satu cover terbaru saya. Jarang sekali saya merekod lagu english untuk dijadikan cover. korang yang tengok video ini jangan la comment yang pelik-pelik ye. saya ni bukan professional guitarist pun.. hanya main gitar untuk hilangkan bosan saja.. peace…
Baru-baru ini uzair bersama beberapa orang blogger yang telah pun mengikuti satu trip yang ditaja oleh Genting ke Genting Highland Theme Park. Para blogger yang hadir semestinya dijemput oleh Nuffnang bagi memeriahkan trip satu hari ke Genting Highland ini. 2 Minggu lepas saya telah post satu entry tentang apa yang saya buat di trip ini. Dan entry kali ini saya ingin menceritakan tentang bagaimana seronoknya ketika saya berada di dalam Theme park itu.
Permainan pertama yang saya main di Genting Highland theme park ini adalah space shot. Space shot ini mempunyai ketinggian 185 kaki dan anda bakal jatuh dari tahap tertinggi dengan kelajuan 67 Km/h. Menarik bukan? pastinya anda yang tidak cukup berani tidak akan melakukan sesuatu yang menguji adrenaline ini. Space shot ini mengunakan kuasa hidraulik bagi menaikkan anda tinggi ke udara. Soal keselamatan pastinya menjadi aspek penting bagi Space shot ini. Ia sememangnya selamat dan anda dilengkapi alat keselamatan yang canggih dan selamat.
Space Shot
space shot ini merupakan permainan outdoor yang terletak di puncak bukit di dalam Theme Park. Lokasinya betul-betul dihadapan go kart. Anda digalakkan mencuba permainan yang menyeramkan ini kerana ia merupaka salah satu pengalaman manis anda disini.
Permainan yang saya main seterusnya adalah Fun Kart ataupun go kart. Permainan diantara permainan popular di Theme Park ini. Disini ia disediakan 800 meter panjang litar pelumbaan yang pasti membuatkan diri anda seperti pemandu F1. Syarat kelayakan untuk bermain go kart ini adalah hanya memerlukan pemandu yang melebihi tinggi yang ditetapkan iaitu 153 cm. Terdapat 10 buah go kart disediakan dalam 1 masa dan 5 minit masa pelumbaan diberikan kepada setiap pemandu.
Berbeza pula dengan permainan seterusnya yang saya main iaitu pirate ship. Permainan ini sesuai untuk keluarga dan syarat utama permainan ini adalah setiap individu mestilah melebih ketinggian sebanyak 122 cm . Aspek keselamatan yang terbaik dan anda akan berasa seperti lanun diatas kapal. Pirate ship ini akan membuatkan anda geli perut kerana anda seperti berhayun pada buaian yan tinggi. sangat menarik dan teruja saya mencubanya dananda juga patut mencubanya jika datang ke sini.
Yang berikut ini adalah Spinner iaitu permainan wajib bagi saya jika ke genting highland. Spinner ini adalah seperti buaian yang berpusing selama 1 minit 30 saat mengikut arah jam. Ia mempunyai 48 buah buaian dan anda akan dibuaian setinggi 8 kaki dari darat. Syarat ketinggian permainan ini adalah 107 cm dan kepada orang yang bercinta amat sesuailah anda bermain permainan ini kerana ia akan merapatkan lagi hubungan cinta anda disini. hehehe
Video diatas ini adalah merupakan “Asia First Hang-gliding roller coaster” . Ia dikenali sebagai Flying Coaster yang mempunyai kelajuan selaju 43.7 km/h. Anda akan berasa seperti terbang disepanjang laluan flying coaster ini iaitu sejauh 391 meter dan dengan ketinggian 20 kaki. Dengan trademark utama spiderman, permainan ini merupakan salah satu permainan baru di Genting Highland. Permainan yang menyeramkan ini akan membuatkan anda tidak duduk diam diatas roller coaster itu kerana anda berada di dalam keadaan menyarap. sangat menarik permainan ini dan anda perlu mencubanya. saya sendiri telah mencubanya dan ternyata ia membuatkan anda terdiam seketika kerana anda bagaikan terbang seperti spiderman..hehe
kesemua permainan outdoor di theme park ini akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang..sebilangan permainan akan ditutup jika cuaca tidak mengizinkan ataupun hujan lebat. ini bagi menjamin langkah keselamatan anda disetiap permainan. selepas puas bermain permainan outdoor , saya pula berpindah ke indoor dimana saya sempat mencuba sky venture iaitu salah satu permainan yang paling best disini.
Permainan sky venture ini merupakan salah satu cara latihan bagi terjunan payun terjun. Anda akan merasai satu pengalaman yang menyeramkan dimana anda akan berasa seperti terjun payung terjun. Ini merupakan salah satu wild tunnel pertama di asia dan anda akan merasai tolakkan angin selaju 193 km/h .
oleh itu anda akan berasa seperti terpaung diudara dengan angin yang kuat akan menolak anda. syarat penting bagi sky venture ialah berat anda mestilah tidak melebihi 114 kg. Bayaran Rm 50 dikenakana kepada yang hanya ingin mencuba permainan ini sahaja dan Rm 38 untuk yang ada gelang (outdoor/indoor).
Lihatlah keseronokan terbang seperti terjunan payung terjun. sangat teruja dan menari perhatian saya kerana ini merupakan salah satu pengalaman menarik di dalam hidup saya. sangat mencabar untuk terapungkan diri dan banyak perkara baru yang saya belajar tentang sky venture ini.
setiap penyertaan sky venture anda akan diberikan sijil sebagai bukti anda telah mencuba permainan ini. itu sahaja permainan yang saya sempat cuba di trip genting highland bersama nuffnang ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Awana, Genting Highland dan Nuffnang serta rakan blogger yang turut serta dengan trip ini. Diharap kita jumpa lagi di event yang akan datang ..peace…
UzairOthman.com merupakan blog rasmi Uzair di mana ia mula diwujudkan pada April 2009..Blog UzairOthman.com ini merupakan tempat uzair meluahkan segala isi hati dan hobi uzair. Menyampaikan isu terkini merupakan usaha utama Blog ini bagi menyampaikan berita-berita sensasi kepada peminat hiburan di Malaysia..contact saya di
email : [email protected] ,
FB : Mohamad Uzair Othman & ,
Fan Page : Uzairothman.com
................................................................................................................
uzairothman.com is my personal blog that was designed in April 2009. Here, like the house and poured all my interest here. I will present the latest issue and will always do the best for you. I hope you enjoy the blog and always support me.
...................................................................................................................
email : [email protected]
FB : Mohamad Uzair Othman &
Fan Page : Uzairothman.com