Pertikai Era.FM Sebagai Radio Nombor 1 Di Malaysia?
4.5.2012 – Radio Era FM muncul sebagai radio nombor satu di Malaysia selepas satu kaji selidik yang dijalankan oleh Radio Nielsen Liputan 1 pada tahun 2012 ini. Radio Era FM telah berjaya mengalahkan Radio Sinar FM yang sebelum ini menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai radio pilihan pendengar. Stesen Radio Era.FM ini telah berjaya mencatatkan bilangan 4.8 juta pendengar dan ia lebih satu juta dari Radio Sinar FM ditangga kedua iaitu dengan 4.7 juta pendengar.THR (Raaga & Gegar) muncul sebagai radio tamil yang paling popular di Malaysia dengan mencatatkan 1.73 bilanga pendengar di Malaysia dan meletakkan mereka ditangga ketiga.
Radio Hitz.Fm kekal sebagai Radio Inggeris nombor 1 di Malaysia dan MY.FM juga turut kekal sebagai radio cina utama di Malaysia. Ramai yang mengatakan bahawa punca radio Era naik sebagai radio nombor satu di Malaysia adalah disebabkan kehebatan JOHARA. Penyampai radio Johan, Ray dan Hanif ini telah berjaya menaikkan semula kehebatan radio Era di Malaysia. Ada juga yang mengatakan bahawa radio Hot.Fm perlu diangkat sebagai radio nombor satu di Malaysia, namun radio tersebut hanya mampu berada di tangga keempat carta radio pilihan pendengar.
berikut merupakan Carta radio mengikut jumlah bilangan pendengar yang terbanyak :-
1. ERA fm
2. SINAR fm
3. THR (Raaga & Gegar)
4. HOT fm
5. SURIA fm
6. MY FM
7. hitz.fm



