BOOGIE ON DOWN WITH DJ STATION 5!!
Buat penggemar musik dance n Pop, Warner Music telah pun edarkan satu album kompilasi yang terdiri dari dua buah CD yang menampilkan pelbagai jenis musik seperti R&B, funk, pop dan disco. Menampilkan artis seperti Adele dengan lagu “Set Fire To The Rain”, Jason Derulo ” Don’t Wanna Go Home” , Kylie Minogue ” Get Outta My Way”, Katy Perry ” E.T” , Britney Spears ” I Wanna Go dan Pitbull “Bon Bon”.
CD yang mula dijual diseluruh dunia ini dijual dengan harga Rm 44.90. Kepada peminat musik techno dan dance semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan album ini kerana ia menghimpunkan pelbagai jenis artis dan pelbagai genre musik.






