Charity Match : Real Madrid Vs Manchester United

May 1, 2012 at 11:58 pm

Satu perlawanan amal yang dikenali sebagai ’Corazon Classic Match 2012′ bakal dilangsungkan di Santiago Bernabeu iaitu stadium utama pasukan Real Madrid . Perlawanan amal yang menemukan pasukan Real Madrid dan Manchester United itu bakal dilangsungkan pada 3 Jun 2012 ini. Perlawanan  yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi program amal serta derma kepada masyarakat di Afrika.

Antara pemain bola sepak  yang terlibat dengan program amal ini adalah seperti Butragueño, Figo, Zidane, Morientes, Redondo dan Makelele untuk wakil dari  Spain, serta Bryan Robson, Van der Sar, Johnsen and Andy Cole wakil dari dari England. Perlawanan yang menarik ini dijangkakan dipenuhi oleh 80 ribu peminat setia kedua-dua pasukan dan pastinya ia satu perlawanan yang hebat pada tahun ini.

Perlawanan ini juga merupakan diantara persedian pemain bagi menghadapi kejohonan Euro dan sebagai langkah pemanas badan pemain. Perlawanan ini juga pasti akan diberi tumpuan utama kepada Cristiano Ronaldo kerana beliau adalah pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...