TuneTalk Lancar Liga Komuniti Safee Sali 2012

April 30, 2012 at 12:36 am

29.4.2012 – Bertempat di Tune Hotel, Jalan Tunku Abdul Rahman berlangsungnya majlis perasmian Liga komuniti Safee Sali hasil dari kerjasama ZR sports Management, Tune Talk, Planet Football dan Sym motor. Liga yang dijangka bermula dari 5 Mei 2012 dan bakal berakhir pada 15 Julai 2012 ini bakal disertai oleh 16 pasukan. Format pertandingan yang diagihkan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan dari setiap kumpulan. 2 pasukan yang berada diatas liga akan meneruskan saingan ke peringkat suku akhir kelompok emas dan 2 pasukan kebawah dari setiap kumpulan akan menyertai suku akhir kategori kelompas perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo berkata ini adalah satu penghargaan dan Tune Talk sentiasa menyokong usaha Safee Sali di dalam segala usaha yang dijalankan oleh beliau sebagai Duta Tune Talk. Liga Komuniti ini juga merupakan projek amal Safee Sali dimana dua perlawanan amal bakan diadakan bagi tujuan mengutip derma. Perlawanan Amal yang bakal diadakan turut mengundang pasukan Afli shauki dan geng super spontan yang akan menentang kumpulan Friend of safee sali. Perlawanan tersebut bakal di maklumkan tidak lama lagi di media tempatan. Selain itu, penonton yang hadir disetiap perlawanan liga komuniti ini juga bakal meraih sumber kewangan yang bakal disumbangkan untuk Tabung amal liga komuniti safee sali.

Pemenang liga ini bakal membawa pulang 2 buah motosikal dari sym motor dan trofi serta barangan dari penaja.Tune talk juga turut membekalkan 20 sim kad percuma kepada setiap pasukan yang bertanding dan anda boleh mengikuti segala maklumat terkini di akbar Sinar Harian yang menjadi akhbar rasmi liga komuniti ini. Sebagai penaja rasmi, TuneTalk juga telah melancarkan Tune Buddies iaitu plan yang menghubungkan 8 nombor teman anda dengan kadar panggilan 10 sen/min. TuneTalk  juga mempunyai kadar rata terendah iaitu 5 sen/sms dan 16 sen/min serta 5 sen/1Mb untuk data.

TuneTalk sememangnya menjadi perhatian buat Safee Sali dimana kecermelangan safee sali telah dibuktikan dengan pelbagai kejuaraan kepada Malaysia. Liga komuniti ini juga masih dibuka kepada semua pemain bola di malaysia dan ia dibuka kepada umum tanpa sebarang syarat yang dikenakan. Venue perlawanan akan berlangsung disekitar lembah kelang dan ia akan ditetapkan oleh penganjur tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...