15 Ribu Orang Hangatkan Konsert Avenged Sevenfold !!!

April 30, 2012 at 1:53 am

29.4.2012 – Avenged Sevenfold ataupun dikenali sebagai A7X baru sahaja menghangatkan Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi. Band berasal dari California, USA ini tampil selama satu jam 30 minit diatas pentas yang dihadiri penonton kira-kira 15 ribu orang !!! Memang satu luar jangkaan apabila kumpulan bergenre heavy metal ini berjaya menarik perhatian peminat musik di Malaysia. Band yang ditubuhkan pada tahun 1999 ini terkenal dengan lagu “Bat Country” , “Afterlife”, ” So Far Away” dan pelbagai lagi.

A7X yang kini dianggotai oleh 4 orang ahli kumpulan iaitu M.Shadows , Zacky Vengeance, Synyster Gates dan Johnny Christ telah mengalami pelbagai perubahan di dalam hala tuju kumpulan ini. Namun musik mereka masih lagi kekal sama dan tidak pernah lari dari genre metalcore.  Fat Boys, Tune Talk dan JS Concert adalah pihak yang bertanggungjawab membawakan A7X ke Malaysia dan rata-rata peminat yang hadir ke konsert ini ternyata sangat puas hati dengan persembahan yang diberikan kumpulan ini.

A7X ternyata sangat menarik minat penonton yang hadir dimana petikan gitar dari  Synyster Gates serta vokal yang mantap dari M.Shadowns. Tidak kurang dengan itu, kumpulan ini turut menyampaikan beberapa lagu hits mereka dari Album pertama hingga terkini. Antara lagu terbaru kumpulan ini adalah seperti “Nightmare” , “Welcome to the family” dan “so far away” yang dipetik dari album kelima band ini iaitu berjudul “Nightmare”.

 

Antara detik menarik di Konsert ini adalah penonton yang hadir melakukan “Mosh” yang terbaik pernah dilihat oleh A7X. Keghairahan penonton yang hadir bertambah setelah lagu-lagu yang disampaikan oleh A7X berjaya membuatkan orang ramai terpegun dengan vokal serta musik kumpulan ini. Namun detik gembira penonton itu bertukar sedih apabila A7X menyampaikan lagu berjudul “So Far Away”. Lagu tersebut ditujukan kepada bekas ahli kumpulan A7X yang meninggal dunia beberapa tahun lalu iaitu The Rev (Drummer). Lagu yang dinyanyikan beramai-ramai sambil dihiasi dengan cahaya pemetik api telah mengamatkan lagi suasana di konsert tersebut. Lagu tersebut merupakan diantara single pada album terbaru dan A7X sangat merindui sahabatnya itu.

 


Avenged Sevenfold – So Far Away [Music Video]


Kedatangan A7X ke Malaysia ini merupakan pertama kali dan pastinya mereka akan kembali lagi ke Malaysia kerana mereka telah menarik minat ribuan penonton yang hadir ke konsert kali ini.

*Gambar dari Tunetalk & JS Concert

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...