Nuffnang Trip To Awana Kijal – Day 2
Hari Kedua :-
Pagi yang indah di Awana Kijal, bermulanya hari ini dengan saya bergegas siap untuk sarapan pagi bersama-sama rakan yang lain. Bersarapan pagi di Restoran Kampung , namun menu pilihan saya adalah Walfer Chocolate ini. Ini sememangya kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Maklum la kan kecil-kecil lagi memang gemar western food. setelah selesai makan, rombongan kami pun memulakan aktiviti pertama pada hari ini iaitu melawat Sentuari Penyu di Cherating, Pahang.
Perjalanan ke Cherating ini mengambil masa kira-kira 30 minit dari Awana kijal dengna menyusuri jalan Kijal hinggalah ke pekan kemaman. Disini merupakan tempat penjagaan penyu dan menjadi tempat utama penetasan penyu di sini. Pantai timur sememangnya tempat yang terkenal dengan Penyu dan saya sangat gembira apabila dapat melihat penyu dengan mata saya sendiri.
Lihatlah keseronokan para sahabat saya melihat aksi penyu di kolam kecil yang disediakan oleh pusat santuari penyu ini. Hampir 10 ekor penyu yang dijaga disini dan kesemuanya diurus tadbirkan oleh pusat santuari penyu disini. Makanan utama penyu adalah ikan dan para pengunjung dilarang untuk memberikan makanan kepada penyu kerana ditakuti akatn menakut penyu tersebut.
Inilah diantara penyu yang tertua kat sini..sudah 6 tahun 3 ekor penyu ni tinggal di pusat santuari Penyu di cherating. ini sebagai bukti saya sudah kesini dan saya sangat gembira dapat melihat penyu dengan lebih dekat serta mengetahui proses kejadian penyu ini
. setelah tengok penyu, kami dibawa pula ke Pusat Anyaman Mengkuang di Kg.Cherating. Disini kami ditunjukkan cara-cara masyarakat sekitar membuat kraf tangan daripada Mengkuang. Agak teruja saya melihat aksi makcik ini menunjukkan skillnya kepada kami semua. Disini juga anda boleh membeli pelbagai kraf tangan seperti tudung saji dan beg yang diperbuat dari Mengkuang.
Ini lah sahabat blogger saya yang sempat mencuba untuk membuat tikar mengkuang. setelah itu, kami ke tempat ke-3 pada hari ini iaitu kami singgah di Ghazali Arts Gallery. Tempat ini sangat terkenal dikalangan masyarakat sekitar kerana tempat inilah merupakan proses tenun batik. Anda yang datang ke sini juga turut boleh mencuba tradisi ini dengan hanya membayar RM 10 sahaja.
Saya bersama Ruby dan Cik lily putih sedang menenun kain batik yang dilukis dengan pelbagai corak. memang satu pengalaman menarik dalam hidup saya dan saya sangat seronon melakukan proses tenun ini.
Ia pada mula nya agak sukat bagi saya untuk mewarnakan batik ini, namun dengan bantuan makcik kedai ini, semuanya berjalan lancar dan saya boleh memilih warna kegemaran saya pada kain batik yang dipilih.
Ini merupakan proses pengeringan dan ini menjadi satu kenangan terindah saya di negeri pantai timur. Setelah penat berjalan, kami singgah pula untuk makan tengah hari di Tong Juan Restaurant.
Restaurant yang terkenal dengan masakan Seafood ini menjadi pilihan tirp kami. Makanan disini Halal dan pork free. Surat pengesahan majlis penbandaran juga turut disediakan bagi bukti makanan di gerai ini boleh dimakan oleh pelanggan beragama islam.
Makanan paling saya suka disini adalah Stuff Crab ataupun nama lainnya adalah ketam bungkus..rasanya memang enak apabila dimakan dengan sos cili..perghhh memang terbaiklah…
sambal sotong dan nasi goreng diantara menu tersedap disini
anda lihatlah pelbagai menu terbaik yang disediakan disini
Selepas makan, kami meneruskan perjalanan kami ke sekitar kemaman, dimana kami ingin mencari kedai keropok leko untuk dibeli dan dibawa pulang ke KL.
Pelbagai jenis keropok ikan yang dijual dan yang paling menarik tumpuan saya adalah keropok leko rebus..saya sempat beli sebanyak Rm 10 untuk dibawa pulang.. rasanya memang original dan terbaik…memang tidak sama di KL..
Antara makanan yang terkenal adalah Satar dan otak-otak..Satar menjadi tumpuan saya dimana rasa satar ini agak pedas sedikit dan ia menambahkan lagi selera saya untuk mencubanya.
satar ini dijual dengan kadar satu cucuk Rm 3.50..bayangkan lah ada berapa banyak cucuk yang disediakan di dalam gambar dibawah..memang sangat sedap dan saya sempat mencuba satar tersebut .
setalah puas berbelanja, kami pun pulang ke Awana Kijal bagi merasai water sport pula.. tapi sebelum itu, kami minum petang bersama di tepi pantai dengan menikamati satar dan otak-otak serta Pandan Coconut. memang sangat menarik tempat disekitar pantai Kijal ini.
Saya sempat mencuba permainan banana boat dan sempat la juga naik ATV untuk pusing-pusing di awana kijal.. ini merupakn kali pertama saya mencuba ATV ini dan sangat berpuas hati dapat berlumba dengan kawan-kawan yang lain.
setelah puas watersport di tepi pantai kijal, saya beralih pula untuk mandi manda di kolam renang Awana Kijal ini ..saya juga sempat mencuba Jacuzzi di tepi kolam renang ini dan air yang panas itu dapat lah juga saya merehatkan diri setelah penat berjalan seharian.
tiba diwaktu malam, saya turun ke pelbagai makanan steamboat disediakan dan saya dapat mencuba beberapa makanan seperti sotong, ayam,udang dan pelbagai lagi. menu utama disini adalah prawn butter, bila dia perah dengan air limau ia membuatkan lagi lidah saya terliur makan udang tersebut..
inilah diantara makanan yang saya makan untuk makan malam.
setelah makan, saya pun pulang ke bilik dan tidurrrrr..jumpa esok ye……bersambung…..



























wau.. program Nuffnang mana ni?

best2
gnesop recently posted..Zerg Rush telah makan laman Google
bercuti di Awana Kijal untuk contest genting
seronoknya!!!! lain kali saye nak join u all!! ;D
mesti kene join..best tuuu