KL Tour After Struggle in Midterm!

April 7, 2012 at 1:21 pm

Selepas tension mengadap kertas midterm bagi subjek Principle Of Programming di UNITEN, tibalah masa untuk tenangkan minda dengan  berjalan-jalan disekitar KL bersama rakan-rakan malam tadi. Bagai rasakan umur seperti 18 tahun, perasaan muda dan terasa seperti habis persekolahan . Ia membuatkan saya dan rakan-rakan berjalan-jalan mencari tempat yang menarik di KL. Lokasi pertama yang kami pergi adalah di The Ship, Kg.Baru iaitu sebuah kedai western yang terkenal di KG.baru. Sambil melepak dan makan steak dan chicken chop membuatkan kami gembira dan senang hati tanpa memikirkan midterm yang kami jawab petang semalam.

hampir satu jam lebih kami melepak di sana dan kemudiannya kami pun teruskan perjalanan kami dengan pusing-pusing KL, boleh dikatakan dah lama juga la tak pusing-pusing Kl ni.. sekali sakala bawa rakan-rakan dari luar negeri selangor dan KL ni memang best la . kami keluar ni berempat iaitu saya, azimin, J dan Ruby. kami ni kenal semasa kelas programming di UNITEN. oleh kerana perangai giler2 tu ada kat kami, jadi kami pun sepakat la nak kuar lepas midterm Programming ni.

lepas berjalan di KL, kami sempat singgah di Bukit Ampang bagi melihat panorama malam Kuala Lumpur. Memang terbaiklah permandangan dari atas bukit ampang tu sebab dengan keadaan berangin serta permandangan yang cantik membuatkan hati kami lagi tenang di sini. tidak lama di atas bukit kami terus ke downtown cheras untuk melihat apa yang menarik disana. waktu tu kira2 jam 1 pagi kami tiba disana dan mata saya dan rakan-rakan semua dah mengantok disebabkan sering tido lewat pada minggu ini.

Disebabkan terlalu mengantuk ,kami pun pulanglah ke rumah masing-masing.  Dan akhirnya hari ini saya bangun dari tidur pukul 12.30 tengah hari disebabkan kerana  terlalu letih dan mengantukkkk..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...