Bagaimana Menyemak Lokasi Pengundian PRU-13 Anda?

March 23, 2012 at 10:02 pm

Pilihan Raya Umum ke-13 kian hampir dan dijangkakan beberapa bulan sahaja lagi PRU13 bakal dilangsungkan bagi memilih parti yang mendapat sokongan ramai untuk dijadikan kerajaan. Ramai orang yang sering kecoh-kecoh bercerita dan berpolitik sana-sini, sedangkan mereka masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih. Jadi jika benar anda seorang yang sayangkan negera dan bercerita hebat tentang politik Malaysia ini, ayuh daftar sebagai pemilih di pejabat pos dan di kaunter SPR di serata Malaysia.

Jika anda sudah mendaftar sebagai pemilih, pastikan anda menyemak tempat atau lokasi mengundi anda bagi tidak mengalami sebarang kesilapan ataupun kesusuhan sewaktu membuang undi nanti. Cara menyemaknya sangat mudah, anda hanya perlu melawati laman web suruhanjaya pilihan raya iaitu di http://www.spr.gov.my/ .

klik di semakan daftar pemilih bagi menyemak status terkini dan lokasi pengundian anda.

selain itu,anda juga boleh menyemak melalui SMS iaitu dengan menaip (SPR<JARAK>SEMAK<JARAK>NO.IC tanpa simbol (-) dan hantarkan ke 15888. Selamat mengundi dan tunaikanlah tanggungjawab anda semua ye.