DiGi Fandroid Day Workshop @Studio D’House Shah Alam

March 3, 2012 at 6:27 pm

3.3.2012 – Bertempat di Studio D’House Shah Alam berlangsung salah satu event Digi hasil kerjasama bersama Nuffnang iaitu “Digi Fandroid Day Workshop”. Event yang bermula pada jam 10 pagi itu dimulakan dengan senaman pagi !!! Namun bukanlah senaman fizikal yang dimaksudkan, hanyalah senaman jari je..hehe.. mula-mula para peserta yang hadir ke workshop ini dibahagikan kepada  5 kumpulan dan saya diletakkan di dalam kumpulan satu.

Isac sedang mencuba game Ninja Fruits

yeahhh..kumpulan kami menang Kit Kat setelah mendapat markah tertinggi dalam game Ninja Fruits

Di kumpulan 1 itu saya sempatlah berkenalan dengan beberapa orang iaitu seperti Isac dan Ain. Permainan yang perlu kami main adalah game Ninja Fruits. Setiap seorang dari kami perlu bergilir-gilir untuk slice buah tersebut dan  peserta paling banyak meraih mata bakal dikira sebagai pemenang.Hendak dijadikan cerita, kumpulan 1 iaitu kumpulan saya memenangi pertandingan itu dan kami membawa pulang KITKAT setelah kami meraih mata tertinggi dalam game tersebut.

selepas senaman baru, Workshop dimulakan dengan segmen pertama  yang dibentangkan oleh Shulin iaitu mengenai Pengenalan tentang DiGi. Di segmen ini, DiGi  bakal merancang beberapa Network Project. Ini dimana DiGi sedang menaik taraf perkhidmatan mereka bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna DiGi. Antara sasaran DiGi pada penghujung tahun ini adalah mereka mengharapkan 95.8% rakyat Malaysia memperolehi High Speed Internet terutama bagi pengguna DiGi.Selain itu, mereka juga bakal memperkenalkan LTE iaitu Long Term Evolution sebagai langkah telekomunikasi 4G terbaik di Malaysia.

DiGi juga turut mengamalkan kaedah Clean and Greener iaitu satu sistem hijau yang membantu mengurangkan kos penghasilan barangan baru. Maksud saya ialah seperti kertas.. Dengan mengunakan smartphone kita bakal menjimatkan kos dan membebaskan kepupusan dan kerosakan alam sekitar. DiGi juga menawarkan perkhidmatan terbaik di setiap Base Station mereka dengan memberikan kapasiti penggunaan yang luas dan terbaik.

Di segmen kedua pula, pihak google Malaysia pula memberikan penerangan tentang kelebihan mengunakan google di dalam Android. . FriedBeef  iaitu wakil dari Google Malaysia mempersembahkan tentang kelebihan google terhadap Android dan beliau juga turut mencuba beberapa aplikasi di dalam Nexus. Diantaranya adalah aplikasi Google Goggles yang banyak membantu memberikan jawapan dan carian dengan pantas.

Selain itu, beliau juga turut mencuba google translate dan google map dan ternyata dua aplikasi inisangat membantu para pengguna smartphone masa kini. Google dengan langkah baru mereka dimana kita sendiri boleh berjalan dimana sahaja kita mahu dengan mengunakan aplikasi google map. Gambar diatas pula menunjukkan google goggles dapat menyelesaikan masalah Sudoku dengan mudahnya.

Di segmen ketiga , Leonard Kee dari pihak samsung menerangkan beberapa Android Device yang digunakan oleh samsung. Beliau juga turut menyifatkan penggunaan tablet oleh rakyat Malaysia amat membantu dan memudahkan urusan kerja seharian. selain itu, tablet atau smartphone ini boleh digunakan di serata dunia dan membolehkan kita bercakap dengan mana-mana manusia di dunia ini.  Apa yang dimaksudkan adalah, penggunaan aplikasi daripada Android sangat membantu pengguna Samsung dan ia lebih memudahkan dan menjimatkan kos perbelanjaan kita.

 

Nisa Kay dengan Samsung Galaxy S2 yang dimenanginya

sempat pose lagi dengan hadiah tuuuuu…

setelah ketiga-tiga segmen selesai, tibalah masa untuk pihak DiGi mengadakan contest. Contest yang mudah dibuat oleh DiGi iaitu hanya perlu menjawab dua soalan iaitu apakah smartphone terbaru yang dijual oleh Samsung dan DiGi serta soalan kedua iaitu apakah trademark atau slogan bagi Digi Smart Plan. Contest tersebut telah dimenangi oleh blogger Nisa Kay setelah belia berjaya menjawab dua soalan tersebut dengan menghantarkan twitt terpantas.

Setelah pemenang diumumkan , kami sempat menonton beberapa video yang dibuat oleh para blogger bagi contest Samsung Android yang turut saya sertai tempoh hari. kami juga dibawa ke sekitar ruang kerja dan pejabaat DiGi bagi melihat lebih dekat bagaimana staff DiGi bekerja . Sangat cantik ruang kerja mereka dan kawasan sekitar pejabat DiGi ini dan saya amat tertarik dengan courtyard HQ DiGi ini kerana mempunyai kolam air dan permandangan air terjun yang cantik.

Oleh kerana tak menang, uzair sempat pinjam hadiah Nisa Kay ni and credit to Nisa Kay sebab tolong ambil picture ni. Thanks to Nuffnang and DiGi cuz invite uzair ke event ini dan harap Nuffnang akan jemput lagi uzair di event yang lain pula.