Melukis Hari Anda Bersama Samsung Galaxy Note !

February 11, 2012 at 11:52 am

Pastinya anda tahu SmartPhone terkini keluaran Samsung iaitu Galaxy Note Studio sudah mula dipasarkan di pasaran tempatan. Salah satu Android yang sudah mula menjadi tumpuan orang ramai untuk bertukar kepadanya. Merasai pelbagai kelebihan terhadap ciri-ciri Smartphone ini merupakan sesuatu keinginan yang ditagih oleh penggemar Gadget di Malaysia. Galaxy Note kini membuatkan anda berasa bebas untuk mengeluarkan idea kreatif anda dimana ia menyediakan pelbagai aplikasi yang menarik selain memudahkan penggunaan Smartphone anda untuk sebarang aktiviti.

Galaxy Note yang hadir dengan ciri-ciri unik mempunyai ketebalan setebal 9.65 mm ,kelebaran selebar 82.95 mm dan panjang 146.5  mm. Bentuknya yang nipis serta tidak terlalu berat menjadikan Galaxy Note pilihan yang tepat untuk penggemar Android dan Smartphone. Selain itu, ia tampil dengan 5.3″ Super Amoled Screen yang akan memudahkan anda menjelajah di Smartphone ini dengan di bantu oleh S Pen Input. Keluasan skrin yang baik memberikan anda kesenangan untuk menggunakan pelbagai aplikasi tanpa perlu Scroll ke bawah bagi melihat page berikutnya.

Antara Spesifikasinya adalah mempunyai kamera hadapan 8MP dan belakang 2MP serta mempunyai GPS dan Conccetors USB 2.0. Selain itu, ia juga disertakan dengan HD video yang pasti membuatkan anda teruja dengan 1800p @30fps. Sama seperti Smartphone lain ianya juga mempunyai sistem audio baik dan sambungan wireless yang mampu mencapai 5Ghz. Disamping itu, Galaxy Note juga mengunakan Dual Core 1.4GHz dan 8G Ram serta 16GB hingga 32 GB  MicroSD.

Dalam promosi terbaru dari Samsung, Galaxy Note kini boleh didapati dengan harga Rm 2299 ++. Bertempat di One utama dan 1st Avenue Pulau Pinang sedang berlangsung Samsung Galaxy Note Studio RoadShow yang mempromosikan smartphone tersebut. Pembelian 15o orang pertama bakal mendapat headset percuma dari Samsung jika membelinya di Roadshow berkenaan. Roadshow yang berlangsung dari 10-12 Febuari 2012 itu,  menampilkan beberapa aktiviti menarik seperti Melukis Caricature anda yang dilukis oleh pelukis berpengalaman yang dibawakan khas dari Samsung untuk melukus Caricatute anda di Galaxy Note.

Sangat menarik dan teruja apabila caricature anda dilukis didalam Galaxy note kerana ia dilakukan sangat mudah namun memerlukan pengalaman yang baik untuk menghasilkan lukisan yang baik. Selain itu, anda juga boleh mencetak caricature yang dilukis ke Baju sebagai tanda kenangan atau mencetaknya di Mug sebagai cenderahati. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman rasmi facebook  http://www.facebook.com/SamsungUnivez bagi mengetahui info terkini roadshow yang sedang berlangsung.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan selain melukis Caricature iaitu seperti penerangan Samsung Galaxy Note dari Samsung dan live band yang dibuat dengan mengunakan Galaxy Note. Selain itu, Roadshow terbabit menyediakan kemudahan kepada anda mencuba sendiri dan menikmati kehebatan Samsung Galaxy Note dengan tangan anda sendiri. Saya sendiri telah mencuba  dan telah dilukis caricature di Roadshow Galaxy Note. Anda bila lagi? ayuh kesana sekarang dan Roadshow masih berjalan sehingga 12 febuari.

Pada selebriti tanah air juga turut terliba di Roadshow ini dan berikut merupakan jadual selebriti yang bakal tampil memeriahkan Roadshow di One utama :-

2pm – Neelofa
3pm – Sazzy Falak
4.30pm – Natasha Hudson
6pm – Andrea Fonseka
7pm – Nadia Heng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...