Aku..Gitar..Dan Dia..
Your are here: Home // nuffnang // UzairOthman.Com Di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS)

UzairOthman.Com Di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS)

 

16/12/2011 yang lalu berlangsungnya Anugerah Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS) yang berlangsung di Marriott Putrajaya yang menyaksikan juara bertahan iaitu XiaXue.Blogspot.com bagi kategori Region’s Best Blog sekali lagi mempertahankan kemenangan yang dimenanginya pada 2 tahun yang lalu ketika NAPBAS di Singapore. Seramai 500 orang yang hadir pada majlis gilang gemilang ini yang diraikan oleh beberapa negara seperti Malaysia, Singapore, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong dan China. Nuffnang yang mempunyai ahli seramai 1 juta orang di sekitar asia pacific memberikan peluang yang baik kepada blogger untuk menyebarkan post blog masing-masing.

UzairOthman.com berterima kasih kepada NUFFNANG kerana sudi mengundang uzair ke Event yang menampilkan blogger-blogger terkenal dari serata asia. Ini merupakan satu penghormatan juga kepada saya kerana dijemput menghadiri majlis ini kerana disini juga saya dapat memperkenalkan blog saya kepada blogger-blogger dari negara lain serta dapat berkongsi idea dengan mereka. saya juga sangat gembira kerana dapat mengambil gambar di board khas NAPBAS yang sangat glamour dan meriah ini. berebut-rebut para blogger nak ambil gambar sampai satu masa photographer dia pun lari.hehe

Disini juga UzairOthman.Com sempat menurunkan tandatangan sebagai kenangan menghadiri NAPBAS ini dan saya rasa sangat teruja ketika melakukannya dimana ketika itu saya dikelilingi oleh para blogger terkenal dari serata asia dan mereka semua pandang pelik saja melihat siapa diri saya..walaupun tak terkenal seperti mereka semua, namun saya dapatlah juga tumpat glamour mereka.hehe

Pemenang keseluruhan NAPBAS kali ini adalah XiaXue iaitu merupakan seorang Blogger dari Singapore, saya sangat menyukainya blog dan beliau mula menulis blog sejak tahun 2003 serta beliau juga sangat mahir di dalam penulisan blog. oleh itu, memang layaklah beliau memenangi anugerah tersebut. Blogger dari Malaysia juga ada memenangi beberapa anugerah seperti Beautifulnara.com bagi kategori Entertainment Blog. Saya sangat teruja menyaksikan anugerah ini kerana ia mampu memberikan saya inspirasi untuk lebih rajin menulis blog serta belajar bahasa inggeris dengan lebih mendalam lagi.

Berikut gambar calon-calon yang bertanding pada NAPBAS kali ini

berikut merupakan senarai pemenang yang memenangi anugerah NAPBAS 2011 :-

1) Region Best Blog & Most Influential Blog – Xiaxue.blogspot.com
2) Micro Blog – Kennysia
3) Hidden Gem – Googlygooeys
4) Lifestyle Blog – Jenniepperson
5) Entertainment Blog – Beautifulnara
6) Travel Blog – Justwandering
7) Parenting Blog – Childhood101
8) Most Original Design Blog – Eatshowandtell
9) Fashion Blog – Cheeserland
10) Food Blog – Ladyironchef
11) Geek Blog – Geekout
12) Photography Blog – Photoblog

 

yang berambut pink adalah XiaXue

inilah salah satu gambar menarik dimana Xiaxue bergambar bersama pemenang yang lain dan sempat juga bergambar dengan dua orang penting Nuffnang iaitu Cheo Ming Seng dan Timothy Tiah. Hasil usaha yang kuat oleh XiaXue telah membawa namanya dikenali diserata Asia malahan sehingga ke amerika syarikat.

Ini pula rakan semeja saya yang saya baru kenal dan ada juga yang saya dah kenal. maaflah tak dapat nak mention nama sebab tak ingat la nama blog korang.tapi next time InsyaAllah saya akan cuba ingat nama blog korang and bolehlah uzair nak mention nanti. walaupun berborak sekejap tetapi rasa best sebab dapat berkongsi pelbagai idea dan minat yang sama dalam blogging.

Tidak dilupakan juga penaja rasmi venue dan makanan iaitu dari Marriott Putrajaya Hotel yang memberikan layanan kelas pertama kepada semua blogger dan saya sangat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan yang diberikan kepada saya di table 38. sekali lagi terima kasih kerana menghidangkan makanan yang lazat dan sedap.

Saya juga ingin sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana menjemput saya dan diharap Nuffnang terus menjemput saya di event-event yang lain dan saya sentiasa gembira bersama nuffnang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FacebookLinkedInTumblrBookmark/FavoritesShare

4 responses to "UzairOthman.Com Di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS)"

  1. Posh says:

    Salam, nice meeting u guyz ‘femes bloggers’. …Alamak kita Tengah sibuk ber’tweet’ dlm gambo tu hihihi

  2. LoLa says:

    hello……
    tengok pics u.. eh ada lola…hehehe

Leave a reply

CommentLuv badge