Jadual Perlawanan Pasukan Selangor FA 2012

photo dari SFC
Pasukan Selangor FA bakal memulakan langkah Liga malaysia musim 2012 dengan bertemu juara piala malaysia 2011 iaitu negeri sembilan di Paroi sebelum akan beraksi di bukit jalil pada 4 hari berikutnya dengan bertemu perak di mana gelanggang bukit jalil itu dijadikan home pasukan selangor. Pasukan selangor yang hanya membariskan 2 pemain import iaitu Ramez Dayoub dari Lebanon yang bermain di bahagian pertahanan dan Mbele yang berasal dari Congo yang bermain dibahagian serangan.
Selangor juga turut diundi bersama shahzan muda di peringkat awal Piala FA 2012 sebelum menanti cabaran Johor FC atau T-team di peringkat serterusnya. Barisan baru selangor rata-rata berumur 30 tahun kebawah dan hanya Amri Yahyah dan Jeevanathan sahaja yang berumur 30 tahun keatas. Oleh itu, barisan selangor kali ini adalah lebih muda dan membariskan pemain handalan Malaysia seperti safiq rahim, azidan sarudin, amirulhadi zainal dan asraruddin putra omar.
kepada semua penyokong bola sepak selangor diharap dapat memenuhkan bangku yang kosong di stadium bukit jalil pada musim hadapan dan ini merupakan salah satu detik menarik dengan kehadiran import yang memeriahkan bola sepak malaysia. Selangor yang dibimbing oleh jurulatih Irfan bakti hanya mensasarkan satu piala pada musim hadapan dan diharapkan ianya membuahkan hasil hasil pencaturan terbaik jurutatih baru selangor ini.


