Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26

December 4, 2011 at 2:10 pm



Pesaingan muka baru dan lama pada anugerah juara lagu ke-26 yang baka dilangsungkan pada januari tahun hadapan ini pastinya akan menjadikan persaingan lebih sengit dimana banyak bekas juara bertanding pada tahun ini..diantaranya adalah Yuna, Faizal tahir dan Ana Raffali yang akan memberikan persembahan terbaik mereka pada final nanti.

bagi artis muda seperti shila hamzah dan Najwa latif .. ini akan memberikan mereka satu pengalaman baru dalam anugerah ini dan mungkin juga mereka mampu untuk menjadi pesaing terkuat bagi merampas takhta pemenang AJL kali ini.
Berikut merupakan lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara lagu pada tahun ini.

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Far East Movement Gegarkan Kuala Lumpur !!

December 4, 2011 at 1:09 pm

Sabtu (3/12/2011) – Berlangsungnya concert Far East Movement di KL live yang dinantikan lebih ribuan peminatnya di Malaysia. Concert yang bermula pada jam 11.30 malam itu disaksikan hampir 1000 penonton yang rata-rata hadir dari sekitar Kl. penaja rasmi Tune Talk dan universal music malaysia yang membawa Far East Movement (FEM) ini pastinya berbaloi kerana ianya berjaya menarik ramai penonton yang sangat mencintai lagu-lagu kumpulan dari california ini..



Kev Nish, Prohgress, J-Splif, dan DJ Virman adalah anggota kumpulan FEM ini telah tampil dengan persembahan yang mantap serta bertenaga yang membuatkan suasana di KL live bertukar meriah setelah ahli kumpulan ini mula menaiki pentas persembahan. Namun sebelum persembahan FEM, penonton yang hadir dihiburkan dengan beberapa DJ terkenal seperti DJ Earworm , DJ Crystal, DJ Ken ,DJ Junior dan Jakeman. muzik yang dimainkan tanpa henti membuatkan keadaan di Kl live sentiasa rancak dan terhibur dengan alunan muzik techno. Penggemar muzik techno pastinya mengambil kesempatan ini untuk menari dan berhibur bersama rakan-rakan penonton yang lain.



Detik yang dinantikan tiba ketika anggota kumpulan menaiki pentas dan memulakan persembahan dengan lagu berjudul “Intro” dan “I Party”..persembahan bertenaga dari FEM ini diteruskan lagi dengan beberapa lagu hitz mereka seperti “like a G6″ dan “Rocketeer” yang sangat dinanti oleh peminat tempatan untuk mendengar lagu yang pernah mencapai nombor satu di carta billboard USA pada tahun lepas.

concert yang dianjurkan oleh Tune talk dan universal music malaysia kali ini sangat meriah dimana pelbagai aktivit menarik disediakan oleh pihak penganjur dan pastinya tidak merugikan kepada penonton yang hadir pada concert tersebut. concert ala parti ini pasti diingati semua penonton yang teruja melihat kelincahan FEM diatas pentas. Alunan muzik techno dan “free wire” ini merupakan salah satu faktor utama FEM terkenal diserata dunia dan menjadikan nama asia terkenal di barat.



aksi kelincahan Far East Movement di Malaysia

walaupun concert ini dibuat pada ruang yang tidak luas namun para penonton masih berpuas hati dengan penganjuran concert dari tune talk dan universal music malaysia ini dimana ramai penonton tersenyum puas apabila selesai concert tersebut. ini menunjukkan concert ini tampil dengan begitu kelainan dan berbeza dari concert yang lain.

uzairothman.com ingin berterima kasih kepada universal music malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk hadir ke concert yang best ini dan diharap dapat bekerjasama lagi pada event yang lain dimasa akan datang. ini merupakan beberapa gambar kenangan uzair di concert tersebut..memang meriahlah dan uzair sempat bergambar bersama penonton yang hadir serta bersama Farah iaitu media dari malaysian digest.



Undian Peringkat Kumpulan Euro 2012 !!

December 4, 2011 at 11:37 am


hari jumaat yang lalu berlangsungnya undian peringkat kumpulan bagi kejohanan bola sepak EURO 2012 yang bakal berlangsung di poland dan ukraine. Dua negara yang berkongsi tuan rumah ini bakal bermula pada 8.6.2012 ini iaiu perlawanan pembuka tirai yang melibatkan pasukan tuan rumah iaitu Poland yang bakal bertemu pasukan Greece di kumpulan A.

beberapa pasukan pilihan dilihat bakal melepasi saingan kumpulan dengan mudah dan diataranya adalah Spain, England dan Czech Republic. Namun pasukan Germany, Portugal dan Italy mungkin perlu lebih berusaha keras pada peringakt kumpulan masing-masing kerana undian yang sukar menanti pasukan ini.

Spain sebagai juara Euro pada edisi yang lalu mungkin akan sekali lagi mempertahankan kejuaran yang mereka raihi kerana pasukan yang dihantar pada EURO nanti hampir sama saja dengan pasukan juara 2008 dahulu. ini pasti akan memberikan satu pesaingan sengit diantara pasukan besar seperti France, Germany dan England.

Berikut ini adalah undian EURO 2012 :-

Group A: Poland (66), Greece (14), Russia (12), Czech Republic (33).

Group B: Netherlands (3), Denmark (11), Germany (2), Portugal (7).

Group C: Spain (1), Italy (9), Croatia (8), Ireland (21).

Group D: Ukraine (55), Sweden (18), France (15), England (5).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...