Perpindahan Pemain Dan Jurulatih Liga Malaysia 2012

October 21, 2011 at 11:51 pm

Rumors Perpindahan pemain bola sepak tempatan dan pertukaran jurulatih pasukan liga malaysia bagi tahun 2012..semua info yang diperolehi adalah dari sumber yang dipercayai terutama daripada persatuan kelab penyokong dan media massa serta cetak tempatan..selain itu, info kabar angin perpindahan pemain ternama liga malaysia ini juga dikaitkan dengan beberapa info dari sahabat terdekat..

Antara Pemain Bola Sepak Yang Menjadi Rebutan bagi perpindahan musim 2012



Safiq Rahim

Pemain tengah pasukan selangor ini merupakan pemain paling bernilai kini dengan menerima beberapa tawaran dari beberapa pasukan negeri dan kelab luar negara…pemain yang mendapat lamaran Cardiff city dari England ini mendapat trial 2 minggu untuk berlatih bersama skuad Cardiff sama seperti yang diterima oleh Safee Sali. Selain itu, perkabaran terbaru yang diterima bahawa pemain ini dipancing oleh dua pasukan negeri iaitu kelantan dan Perak. Masing-masing menawarkan dengan gaji yang lumayan sudah pasti akan membuatkan ramai penggemar sukan bola sepak tempatan akan mengikuti perkembangan pemain ini.

safiq rahim dijangka akan ke cardiff untuk menghadapi trial bersama pasukan tersebut dan selama seminggu beliau akan diuji bagi membolehkan hasrat anak malaysia bermain bola sepak di England..pemain ini yang agak menurun prestasinya di awal saingan piala malaysia telah pun berjaya bangkit membantu selangor ke peringkat separuh akhir dengan menghadiahkan 2 gol berharga buat selangor.



Amirulhadi Zainal

pemain sayap malaysia dan selangor ini juga tidak kurang hebatnya di atas padang dan hal itu terbukti dengan beberapa kabar angin yang mengatakan Amirulhadi zainal bakal berpindah ke Kelantan pada musim hadapan..hal ini sudah mula menjadi bual bicara peminat bola sepak malaysia dengan disokong dengan kenyataan beberapa orang penting di persatuan bola sepak kelantan yang ingin mengunakan khidmat amirulhadi pada musim hadapan..

jika benar amirulhadi ke Kelantan, kemungkinan juga ia sebagai pertukaran diantara khairul fahmi,badri radzi atau pun S.Chanturu sebagai pengganti amirulhadi ke kelantan..untuk kebenrannya ,sama-samalah kita tunggu selepas piala malaysia ini.



Badri Radzi, Khairul Fahmi dan S.Chanturu

3 nama ini hangat diperkatakan bakal meninggalkan pasukan kelantan dan menyertai selangor melalui pertukaran safiq rahim dan amirul hadi zainal ke kelantan pada musim hadapan..fahmi yang dikabarkan bakal ke selangor bakal meraih gaji yang tinggi iaitu sekitar 30 ribu ringgit malaysia..jika benar perkara itu terjadi, selangor bakal menerima penjaga gol kebangsaan ini bai menguatkan benteng terakhir selangor..bagi badri radzi dan s.chanturu, kedua pemain ini dikaitkan dengan selangor oleh peminat kerana kedua-dua pemain ini dijangka digugurkan atau tidak disambung kontrak oleh pasukan kelantan..



Menteja Kezman, Marlon alex james, Kalle Sone dan Alexis Ngambi

4 pemain import yang sering disebut-sebut oleh peminat bola sepak tempatan adalah Menteja Kezman, Marlon alex james, Kalle Sone dan Alexis Ngambi…Menteja kezman yang berasal dari serbia dan pernah bermain untuk chelsea dan psv bakal dipancing oleh pasukan gergasi merah iaitu selangor pada musim hadapan..namun dari info terbaru yang diterima, segelintir penyokong merah kuning enggan menerima pemain ini masuk ke selangor kerana bagi mereka pemain bertaraf bintang ini pasti akan menimbulkan hal di selangor..oleh itu, Persatuan bola sepak selangor digesa peminat untuk mencari pemain import yang lain..namun segalanya tertakluk kepada FAS sendiri bagi menrencanakan hala tuju selangor pada musim hadapan.

bagi Marlon alex james, jika benar pasukan kedah ingin menggunakan khidmatnya..pasukan kedah perlulah membayar 10 000 Dollar gaji bulanan pemain tersebut..pemain ini yang telah banyak membantu kedah bagi meraih kejuaraan treble piala malaysia pada 2007 dan 2008 yang lalu pasti ditagih oleh kedah untuk menggunakan khidmatnya..

Kalle Sone dan Alexis Ngambi pula pemain berasal dari cameroon dan bermain di liga eropah bakal menyarung jersi sarawak pada musim hadapan,pengesahan kedua-dua pemain import ini akan terjawab sewaktu pendaftaran pemain liga malaysia 2011 pada december nanti..



akmal rizal, k.soley, hardi jaafar dan abdul hadi yahya

3 dari 4 pemain dalam gambar ini dipancing oleh pasukan perak bagu musim 2012 iaitu hardi jaafar, k. soley dan abdul hadi yahya dan akmal rizal pula dipancing oleh pasukan kedah..hardi jaafat merupakan pemain tengah selangor dan juga bekas pemain perak masih belum mengesahkan lagi perkembagan terbaru karier beliau bersama pasukan selangor dan sama juga seperti mereka yang lain..

penjaring gol terbanyak musim lalu iaitu abdul hadi yahya sudah pasti menjadi rebutan banyak pasukan dan dikabarkan juga perak dan selangor juga ingin mendapatkan khidmat pemain kelahiran klang itu..bagi k.soley, jika berhijrah ke perak mungkin akan lebih mudah banginya untuk mendapat tempat bermain bersama skuad kebangsaan.



K.Devan, Wan Jamak dan Peter James

k.Devan hampir pasti ke Johor FC musim hadapan dan peter james butler akan kembali menjadi jurulatih kelantan..namun semua itu bakal terjadi jika pihak kelantan dan johor fc mengesahkannya selepas piala malaysia ini..peter james yang meletak jawatan pada 2 tahun lalu bersama skuad kelantan diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjadi coach kelantan dan k.devan masih diterima menjadi coach untuk pasukan johor fc setelah beliau gagal membawa selangor kelandasan sebenar MISI 33..bagi wan jamak pula,beliau dikatakan akan berpindah dari kedah,namun masih belum yakin dengan keputusan tersebut sama ada ingin kekal atau tidak di kedah..

info : tak sahih ye..hanya baru kabar angin je… hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...