Orientasi Uniten Bagi Pelajar Sem 2 (2011/2012)

September 16, 2011 at 6:11 pm


Orientasi ini berlangsung dari 12 hingga 16 september di Uniten yang bermula pada jam 4 petang..12 hari bulan adalah hari uzair daftar dan time penat2 itulah uzair kene lalui minggu orientasi di uniten ni..sebagai pelajar baru,uzair kene la ikut undang-undang disini..pada hari pertama, uzair mendaftar sebagai pelajar di Admin office sebelum mendaftar asrama di kelompok amanah uniten..diwaktu petang pula, kami semua berkumpul di Dewan Seri Sarjana (DSS) untuk mendengar ucapan selamat datang dari majlis perwakilan pelajar uniten dan dari wakil chancellor Uniten.

hari kedua pula,uzair kene mendengar pelbagai ceremah sehinggalah hari terakhir orientasi..pelbagai ceremah yang uzair telah dengar seperti taklimat gaya hidup Universiti,go green, kewangan,intergriti, mendaftar subjek,tranfer kredit dan latihan dalam kumpulan..memang best ketika berada di uniten dan membuatkan saya tidak sabar lagi untuk belajar disini..

perkara yang amat teruja buat saya adalah dikabarkan jurusan yang uzair amik adalah jurusan yang paling susah di Uniten ni..dan diharap uzair dapat melaluinya dengan tenang..uzair amik course Bach. Electrical & Electronic Engineering dan banyak lagi perkara yang uzair perlu tahu di Universiti ni..




buat pertama kalinya uzair terpaksa menyusun jadual waktu kelas sendiri dan sangat pening utk mendapatkan jadual terbaik sehinggalah fesilitator yang banyak membantu uzair dan akhirnya barulah uzair dapat menyesuaikan diri dengan mendaftar subjek di Universiti ni..ini merupakan satu pengalaman yang manis la yang uzair lalui..walaupun sukar namun sangat best :) ..

kat sini uzair dapat banyak kawan baru yang rata-rata banyak dari kelantan dan kedah..uzair juga ada dapat kawan dari johor dan perak serta dari negeri uzair sendiri selangor..ramai juga kenalan uzair yang masuk uniten ni ada yang dari politeknik merlimau melaka dan ada juga dari sekolah teknik kuala selangor dimana tempat belajar uzair terdahulu.

kepada korang yang nak belajar tu..selamat berjaya la ye dan teruskan usaha anda !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...