Permulaan Atau Penghancuran Misi 33?

September 8, 2011 at 12:43 am



Devan tertekan mencari taktikal terbaik buat selangor

Dua kata keramat itu membuktikan betapa seriusnya kesan terhadap kekalahan pasukan selangor keatas T-Team pada saingan piala malaysia tempoh hari..kekelahan 0-1 kepada pasukan dari kuala terengganu itu memberi sedikit reaksi kurang senang terhadap penyokong setia pasukan selangor..pelbagai anggapan dan tidak puas hati terhadap jurulatih selangor iaitu K.Devan yang gagal mempamerkan aksi yang baik dalam mencongak taktikal terbaik bagi pasukan selangor bermula langkah kanan pada saingan piala malaysia ini..


safiq gagal mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan menentang T-team dan ia juga turut dibuktikan oleh pengulas sukan astro arena

Misi 33 yang baru dilancarkan tempoh hari ternyata mendapat reaksi positif peminat selangor namun kekalahan tempoh hari nyata mematahkan semangat penyokong kerana aksi pemain selangor tempoh hari amat merudum dan hanya beberapa pemain sahaja yang menunjukkan semangat juang yang tinggi pada perlawanan tersebut..diantaranya ialah hardi jaafar yang bersunguh-sungguh mengawal bahagian tengah pasukan selangor serta ketangkasan penjaga gol selangor iaitu Jeevanathan amatlah dipuji oleh penyokong selangor..



baru pertama kali mendapat 1st eleven utk pasukan selangor pada saingan piala malaysia

kegagalan pemain kebangsaan bermain baik adalah punca selangor gagal mencatat kemenangan keatas t-team dan ini terbukti dimana safiq rahim seringkali gagal menghantar bola tepat kepada penyerang dan amirul hadi yang lebih banyak bertahan serta asraruddin yang tidak bermain pada posisi biasa beliau menjadi punca kegagalan pasukan selangor merancangan serangan yang baik..


penjaga gol pinjaman selangor Jeevanathan beraksi cemerlang bagi menghalang gawang selangor dibolosi

taktikal K.Devan juga menjadi isu yang hangat kini dan seolah-olah beliau sendiri kehilangan idea untuk menghasilkan taktikal yang baik..pada perlawanan tersebut ,pasukan selangor seringkali gagal menghasilkan serangan yang baik dan pertahanan yang lalai menjadi faktor utama kegagalan pasukan selangor ..walaupun baru satu perlawanan berlangsung pada piala malaysia ini..pasukan selangor harus lebih cepat bangkit jika masih mengimpikan MISI 33 bagi mengecapi piala malaysia buat kali ke-33.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...