Aku..Gitar..Dan Dia..
Your are here: Home // Event,Makan // Berbuka Puasa Di Bangkok House

Berbuka Puasa Di Bangkok House



Salam,semalam UzairOthman.com berbuka puas di jauh nunnnn di sana..hehe ..Uzair berbuka puasa di Bangkok House De Palma Inn Shah Alam yang terletak di Jalan Nelayan 19/15 seksyen 19 shah alam..tapi sebelum itu uzair nak maklumkan dulu yang Bangkok House ni bakal di buka di SUNWAY GIZA, Kota Damansara..sewaktu berbuka puasa ni Ramai blogger yang hadir dan diantaranya ialah MadamMondoq selaku organizer, Abang Ensem, Abg Jai, Eyriqazz, Sekilass, Tetikus Rusak, BroFramestone, Siezuka dan ramai lagi..majlis berbuka puasa ini ditaja khas oleh owner kedai ini sendiri..Bangkok House terkenal dengan Tomyan yang sedap dan Uzair sempat mencuba merasakan tomyam bangkok house ini dan rasanya amat sedapppp sgt..


haaa.ini la dia tomyam tu..tomyam campur ni ada banyak campuran seafood dan sayur seperti udang,ayam,sotong,cendawan dan pelbagai lagi..bila di makan dengan nasi..perrghhh memang melekat la dihati untuk terus hirup sup tomyam ni..memang betul terasa la tomyam dia..ini la baru tomyam thai yang asli..memang pekat dan sedap sangat2..tak rugi la korang mencuba tomyam ni..sbb uzair da rasa sendiri siap tambah lagi tu..kalo tambah ckit xpe..ini siap amek mangkuk yang paling besar tu..hihihi


Masakan Ala-thai ini juga terkenal dengan pulut, disana anda boleh memilih beberapa jenis makanan seperti nasi kerabu,kerabu pulut dan minuman yang disediakan adalah ABC dan air sirap dan air panas..walaupun masakan tidaklah mempunyai kepelbagaian ciri-ciri masakan malaysia,namun di Bangkok House ini,anda boleh memilih pelbagai masakan ala thai yang pasti membuatkan anda terliur di bulan puasa ini..





Di Bangkok House juga terdapat kuih muih dan apa yang menarik disana mereka makan pulut dan mangga ..uzair pun xtau la nak sebut nama apa makanan tu..baik korang jela try ea..hehe..selain itu,Bangkok House juga mempunya menu harian seperti Nasi Goreng, Mee goreng dan bi hun goreng..memang sedaplah sebab pilihan lauknya pula ada banyak seperti daging goreng,ayam goreng sambal dan sayur-sayuran..





selain itu,Uzair sempat perasan yang kat Bangkok House ni ada Ikan Bakar..sekali tengok memang sedap la..tapi disebabkan perut da penuh..tu yg tak dapat nak merasa tu..tapi InsyaAllah pasni kalo datang lagi uzair mesti rasa punyer..jadi kat Bangkok House ni,korang leh pilih macam-macam menu mengikut citarasa korang..kesemua makanan sangat sedap kerana mendapat sentuhan ciri-ciri Ala-Thai..

kepada anda yang rasa berminat nak mencuba makanan ala-thai ni..kini Bangkok House memberikan tawaran berbuka puasa serendah RM 39 ++ bagi seorang..Bankok House juga mempunyai beberapa cawangan dan diantara cawangan yang menjadi tumpuan penggemar masakan thai adalah di De Palma Inn Shah Alam dan 3two square Petaling Jaya..namum bagi harga berbuka puasa di Bangkok House shah alam ianya berharga Rm 45 ++ dan bagi anak-anak yatim cuma berharga RM 20 ++..

korang yang berminat boleh terus menghubungi untuk membuat tempahan di talian 03-5542 8080 (shah alam) dan 03-7954 9872 (petaling jaya)..cepat!! masih ada beberapa hari lagi untuk anda meraikan ramadhan yang mulia ini bersama orang tersayang.. :)



uzair bersama owner Bangkok House & MadamMondoq

Disini juga Uzairothman.com ingin mengucapkan kepada owner Bangkok House di De Palma Inn Shah Alam dan MadamMondoq kerana sudi menjemput uzair ke berbuka puasa di Bangkok House..dan harap-harap kita dapat makan bersama lagi pada masa akan datang..



Blogger gegurl

blogger hero-hero malaya

thanks juga kepada rakan-rakan blogger yang sempat berborak dengan Uzair and korang memang best la dan klakar..hidup korang penuh dengan senyuman ..hehe..hope kita berjumpa dan makan-makan lagi pada masa akan datang ..salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FacebookLinkedInTumblrBookmark/FavoritesShare

6 responses to "Berbuka Puasa Di Bangkok House"

  1. madammondoq says:

    nice entry.. and thanks again for coming ritu ye..

  2. admin says:

    terima kasih ye kak

  3. akuzle ayu says:

    taniah dpt mkn pree…rejeki d bln ramadhan kan?

Leave a reply

CommentLuv badge